Zaman sekarang orang dah tak malu dah nak pakai bundle. Makin ramai dah mencebur dari dalam dunia bundle ni. Yelah, dah lah dapat barang jekpot, harga pula jauh lagi murah. Lagi berbaloi dari beli baru! Dah makin banyak pemain-pemain dalam industri bundle ni. Sekarang ni, dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh pakai bundle. Duit jimat, sustainability pun terjaga. Say YES to sustainability!
Tapi tapi, tipu lah bila kami cakap semua barang bundle ni cantik, bersih dan mantap. Ada je yang tak bersih tapi value tu masih ada. Contohnya kasut bundle. Harga dah nice, brand dah terbaik, tapi ada kotor pulakk. Relaaax, beli jeee sebab harini kami nak sharekan cara untuk cuci kasut bundle yang korang dah selam tu.
Kenapa Kena Cuci Dulu Kasut Bundle Sebelum Guna?
Nama pun kasut bundle, ini bermakna ada orang lain yang dah pakai kasut itu sebelum korang. Jadinya, kasut itu memang terdedah dengan pelbagai kuman dan bakteria yang kita tak nampak. So bayangkan kalau korang pakai je terus kasut bundle tu tanpa cuci.... 🤮☠️
5 Cara Cuci Kasut Bundle Yang Mantap
Cuci Tapak Dalam Dulu!
Tapak dalaman kasut adalah bahagian pertama yang korang perlu beri perhatian. So apa yang diperlukan untuk cuci tapak dalam kasut adalah:
Semangkuk air panas
Sabun pencuci pinggan
Berus
Untuk memulakan proses, keluarkan tapak dalaman dan rendam dalam campuran sabun dan air selama kira-kira lima minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk untuk menghilangkan sabun berlebihan. Next, gunakan berus tadi untuk menggosok kotoran. Time ni korang kena extra careful sikit, elak terberus jari. Sakit woooo. Okay last sekali, dah settle basuh,berus dan bilas, gantungkan tapak tu tadi di tempat yang direct matahari. Dah kering betul-betul barulah masuk dalam kasut balik.
2. Gunakan Baking Soda dan Cuka Untuk Cuci Keseluruhan Kasut Bundle
Macam yang kita tahu, baking soda bukan saja berfungsi sebagai agen penaik dalam makanan, tetapi ia adalah agen pembersih semulajadi yang sangat berkesan. Sifat keasidan semulajadi dalam cuka sangat mampu menghindarkan daripada pembiakan kulat dan bakteria. Kedua-dua bahan ini boleh menyerap bau dan memelihara fabrik dengan mantap. Mudah je cara dia.
Ambil ½ cawan cuka ¼ cawan baking soda di dalam sebuah mangkuk.
Kemudian, gunakan berus gigi untuk memberus kasut menggunakan pes campuran tadi. Kalau tak ada kedua-dua bahan ini, boleh gunakan salah satu saja.
3. Ubat gigi
Serious, ubat gigi ni bukan untuk gigi je, tapi sangat berkesan untuk memutihkan kasut! Kalau kita beli kasut bundle, mesti ada kesan-kesan kotor punya. Lagi-lagi kalau kasut tu putih. Caranya adalah menggunakan ubat gigi sebagaimana kita menggunakan sabun untuk membasuh kasut. Ezi peziiii.
4. Balut Dengan Tisu Semasa Proses Kering
Sebelum menjemur, seeloknya tekapkan dahulu kasut basah dengan tuala yang bersih dan kering. Kemudian, ambil tisu (seeloknya tisu dapur yang tebal) untuk membalut sedikit kasut yang akan dijemur. Cara ini akan melindungi kasut daripada terkena cahaya matahari secara langsung yang mungkin akan menyebabkan timbulnya kesan kekuningan. Bila kasut kering, kasut akan nampak lebih putih. Kalau nak lebih cepat kering, masukkan beberapa helai tisu ke dalam kasut.
Haa betul tak ringkas? Mudah je. Lepas ni korang takpayah beli kasut mahal-mahal. Kasut bundle pun boleh nampak macam kasut baru juga. Cuma kena ada extra effort lebih sikit je! Kalau korang nak cari kasut bundle, jemput datang selam dekat Bandoru. Confirm tak puas selam. Jangan cakap kita tak payung!
Comments