Berita baik buat peminat-peminat Carhatt! Carhatt WIP baru-baru ini mendedah dan melancarkan koleksi terbarunya iaitu koleksi Fall/Winter 2021. Koleksi bertemakan gabungan warisan pakaian bekerja serta memberi highlight pada bahan taktilnya.

Tekstil seperti korduroi bertekstur, kanvas, kapas dan flannel mempunyai tona warna yang tersendiri dan dipengaruhi koleksi murim luruh.

carhartt wip workwear fall winter 2021 lookbook release details buy cop purchase
carhartt wip workwear fall winter 2021 lookbook release details buy cop purchase

Palet warna ini juga terdiri dari beberapa tone yang terinspirasi dari dusty plane dan saturated landscape, dengan warna coklat kemerahan dan clay. Tema ini juga available dalam bentuk jaket dengan style workwear, sweatshirt, dan T-shirt dengan motif yarn-dyed stripe.

Seluar Double Knee yang terkenal dari Carhartt WIP juga turut dilancarkan kembali dalam koleksi ini, namun panel pada bahagian lututnya dilabuh sehingga menunjukkan perbezaan warna yang kontra. Penggayaan yang sama juga diaplikasikan pada overall, OG Arctic coat, dan seluar yang lain.

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan material herringbone undyed serta motif camouflage terbaru dari Carhartt WIP yang merupakan gabungan dari motif camo Indonesia, British DPM, dan rain camo.