Memang potong bila baju kita berbau, Tambah-tambah lagi bila ada orang sekeliling kita. Memang boleh jadi tak yakin sebab kita risau orang lain bau dan rasa tidak selesa dengan kita. Tapi apa sebabnya? Kadang-kadang disebabkan cuaca yang mendung. Jadi, bila kita sidai baju ia boleh jadi tak kering sepenuhnya. Atau pun korang sidai di tempat yang tiada cahaya matahari, so baju-baju korang akan jadi berbau.

Jangan risau guys, ini antara tips yang korang boleh gunakan untuk elak daripada baju berbau hapak:

1. Jemur kain secepat mungkin.

Bila terdengar je bunyi kain siap dibasuh, cepat-cepat keluarkan kain dari mesin basuh. Elakkan bertangguh sebab risau terlupa ada pakaian dalam mesin yang belum disidai.

2. Rancang waktu membasuh pakaian.

Contohnya basuh sebelum mula memasak, siap memasak terus sidai kain. Elakkan membasuh pakaian di tengah malam. Kalau tertidur, faham-faham la sendiri.

3. Jemur di bawah terik matahari. 

Pancaran matahari sangat membantu mempercepatkan kain untuk kering dan mengurangkan risiko pakaian berbau hapak. Sekiranya ampaian anda tidak menghadap matahari atau berada di dalam bilik, pastikan ada sistem pengudaraan yang baik. Contohnya, buka tingkap dan pasangkan kipas. Aliran udara yang baik membantu pakaian cepat kering.

4. Menggunakan daun pandan.

Daun pandan boleh dijadikan haruman semulajadi yang menyegarkan dan membantu menghilangkan masalah bau hapak pada pakaian. Anda boleh membuat sendiri portpuri atau bunga rampai dari daun pandan dan digantung di dalam almari. Tak rajin? Ambil daun pandan, carik-carikkan kemudian ikat kesemuanya, letak saja di dalam almari,siap!

5. Rendam semula.

Agak leceh apabila pelu direndam semula untuk menghilangkan bau hapak pada pakaian. Silap hari bulan, terlalu lama merendam sehingga terlupa mengundang bau yang tengit dan tidak menyenangkan. Berbalik kepada “rancang waktu” untuk merendam. Cukup dengan merendam sekejap sahaja dengan sedikit sabun yang berbau harum, kemudian basuh semula dengan mesin basuh. TAPI JANGAN LUPA SIDAI pula ye!

6. Jangan sembur pewangi. 

Kadang kala kita rasa tindakan ini adalah yang terbaik. Tahukah anda, dengan menyembur pewangi akan menjadikan bau pakaian anda bertambah teruk? Wangi hanya sebentar sahaja. Apabila bau terserap, bau wangi tu akan dikunyah-kunyah oleh bau hapak sampai baju menjadi lebih berbau.Bau hapak win!

7. Elakkan sidai pakaian secara bertindih. 

Kaedah terbaik menyidai pakaian adalah dengan menggunakan penyangkut pakaian (hanger). Selain menjimatkan ruang, ia membantu mempercepatkan kain untuk kering.

8. Menggunakan bedak tabur. 

Mudah sahaja, masukkan pakaian anda ke dalam beg plastic, taburkan sedikit bedak tanpa pewangi dan biarkan selama beberapa minggu. Lama-kelamaan, bau hapak pada pakaian akan hilang. Kaedah khas untuk menyimpan pakaian lama. Untuk pakaian harian, ia sedikit memakan masa.

9. Memilih pencuci pakaian yang tepat.

Pastikan pencuci pakaian anda mengandungi enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Kredit: Healthy Vita Garden