Dalam waktu sesak semasa pandemik ni, ramai yang menjual barang-barang persendirian demi untuk kelangsungan hidup. Seorang lelaki dari Kota Bharu, Kelantan ini tidak ketinggalan juga. Cuma apa yang dijual beliau ni sangat rare.

Apa yang lebih mengejutkan apabila Wan Irfayuim Azim Wan Ab Aziz, seorang pengumpul kasut vintaj tak sangka bila ditawarkan harga setinggi RM40,800 daripada pembida dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Selepas beberapa minit memuat naik lelongan kasut diminati ramai itu, kasut itu terus disambar oleh pembida bertuah berkenaan.

Katanya, pembida berasal dari Pahang itu menawarkan harga paling lumayan dan mereka sudah pun memuktamadkan urusan jualan kasut berharga terbabit.

“Saya turut bersetuju memberikan tiga pasang Converse yang dikeluarkan pada 1950, 1960 dan 1970 sebagai hadiah.

“Difahamkan, dia juga adalah seorang pengumpul barangan antik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambu, di sini.

Kredit: NST Online

Hantaran yang dimuat naiknya semalam, menjadi tular di Facebook apabila menerima 7,000 perkongsian dan hampir 9,000 tanda suka.

Menceritakan lebih lanjut, Wan Irfayuim berkata, kasut yang dijual sebagai koleksi itu didatangkan lengkap dengan sepasang seluar pendek dan pelindung lutut pemain bola keranjang yang dikeluarkan pada 1916.

Menyingkap sejarah kasut Converse tertua di dunia itu, dia membeli kasut terbabit pada 2018 daripada sepasang suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Mereka menghubungi saya selepas melihat hantaran di Facebook mengenai sejarah kasut vintaj. Pasangan itu terdesak dan memerlukan wang untuk menampung kos rawatan anak mereka,” katanya.

Dia berharap, pemilik baru kasut terbabit akan menghargai nilai tinggi kasut Converse Non Skid yang dimilikinya itu.

Jelasnya, kasut itu dijual untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana tidak dapat kembali bekerja dalam sektor pelancongan di Jepun akibat penularan pandemik Covid-19.