Sudah menjadi norma harian untuk memakai topeng muka atau pun mask untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan virus COVID-19.

Mask ni umpama keperluan penting yang kita kena ada sentiasa. Kalau tidak, jadi lah macam gambar kat bawah ni.

Anyone? Bodoh me forgot it today when I went out. : singapore

Tapi, sejak wujudnya COVID-19 ini, ramai mengambil peluang menggunakan daya kreatif diri mengeluarkan mask untuk tampil lain daripada yang lain.

Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan tujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan sambil menjadikannya satu sumber pendapatan akibat kini demandnya juga dilihat tinggi.

Tahukah anda ada mask yang berharga lebih daripada RM6 juta? Yes, ianya wujud dan ada pembelinya! Harini kami nak sharekan 4 pelitup muka termahal dunia:

  • The Diamond Studded Mask by Yvel
Kredit: https://www.harpersbazaararabia.com/

Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lebih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Dan harganya pula sekitar USD1.5 juta (RM6.3 juta). Mak oi!

Berdasarkan laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut.

Apa yang diketahui ialah ia daripada seorang ahli perniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.

  • The Diamond Face Mask by Jacob & Co.
Kredit: https://www.harpersbazaararabia.com/

If korang nak cari mask yang ada sparkle-sparkle, mask kedua termahal di dunia ni paling sesuai. Cuma satu jela, akaun bank korang confirm rabak lah lepas tu!

Berharga lebih RM1 juta, pelitup muka jenama Jacob & Co dilengkapi dengan 18K emas putih. Ia juga dihiasi dengan 3,040 berlian putih.

Ada sesiapa nak beli?

  • The LV Shield by Louis Vuitton
Kredit: https://www.harpersbazaararabia.com/

Face visor juga tidak kurang hebatnya. Ada yang memakai face visor untuk perlindungan tambahan dan ada yang memakai sekadar style.

Louis Vuitton tidak mahu ketinggalan dengan mereka face shield dengan twistnya tersendiri! LV Shield ini diperbuat dari bahan seperti plastik, trim kain yang menampilkan monogram LV, tali elastik dan butang emas yang diukir dengan nama Louis Vuitton.

  • The Black Crystal Mask by Christian Siriano
Kredit: https://www.harpersbazaararabia.com/

Mask ciptaan designer terkemuka, Christian Siriano yang membuatkan sesiapa saja yang memakainya tampak elegan! Dilengkapi dengan batu kristal, mask edisi terhad ini berharga lebih RM2,000.

Jadi, ada yang terkenan ke nak beli pelitup muka di atas? Kalau tak ada pun tak apa guys, pakai 4ply mask yang biasa pun dah mencukupi untuk kita lindung diri kita daripada wabak COVID-19 ini.

Stay at home, stay safe guys!