Dah lebih setahun kita menjalani kehidupan dengan Covid-19. Kini, vaksin sudah ada dan alhamdullilah, penerimaan vaksin di Malaysia semakin meluas.

Ramai yang tak sabar-sabar untuk menerima suntikan vaksin selepas mendaftar. Pasti ramai juga yang sedang menunggu tarikh untuk mendapatkan vaksin, bukan?

So harini, kami nak share apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menerima suntikan vaksin.

#1 Sebelum

  • Makan dan minum secukupnya

Kita digalakkan untuk makan dan minum secukupnya sehari sebelum menerima suntikan vaksin. Pengambilan air yang cukup boleh mengelakkan diri daripada dehidrasi. 

  • Kurangkan aktiviti sukan¬†

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan supaya penerima vaksin tidak melakukan aktiviti sukan, terutamanya sukan berat dan ekstrim. Sebaliknya, pastikan badan anda mendapatkan rehat yang cukup.

  • Bawa pen & IC

Ketika di pusat pemberian vaksin, anda akan diberi borang di mana anda perlu menggunakan pen sendiri untuk mengisi borang itu. Kad pengenalan juga diperlukan untuk pengesahan.

  • Phone dengan batteri yang penuh
Juliana Edwin scanning the MySejahtera QR code at the Air Selangor headquarters.Ong Soon Hin/ The Star

Anda juga akan banyak menggunakan aplikasi mySejahtera ketika di pusat pemberian vaksin. Oleh itu, pastikan phone anda mempunyai batteri dan aplikasi mySejahtera dengan update yang terkini.

#2 Semasa

  • Datang pada waktu yang tepat

Anda disarankan untuk tidak datang ke tempat pemberian vaksin terlalu awal. Ia akan menyebabkan kesesakkan. Anda sudah tentunya tidak boleh lewat kerana ia boleh menyebabkan anda terlepas temujanji. Jalan terbaik adalah untuk hadir pada waktu yang ditetapkan pada temujanji anda.

  • Pakai pakaian yang bersesuaian

Anda disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai seperti baju berlengan pendek ataupun baju lengan panjang yang longgar dan boleh dilipat hingga ke pangkal lengan.

  • Beri perhatian

Anda akan diberi taklimat tentang vaksinasi oleh beberapa orang pegawai. Pastikan anda beri perhatian sepenuhnya.

  • Patuhi arahan

Sila patuhi arahan yang diberi agar proses pemberian vaksin dapat dilakukan dengan lancar.

#3 Selepas

  • Sediakan ubat

Side effects yang normal adalah seperti demam, sakit kepala dan lenguh pada tangan. Anda juga dinasihatkan untuk hanya mengambil paracetamol/panadol untuk mengurangkan sakit kesan sampingan itu.

  • Rehat secukupnya

Pastikan anda tidak melakukan aktiviti-aktiviti berat. Anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

  • Laporkan jika kesan sampingan berlarutan

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang berlarutan, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera.

Ayuh sampaikan pesanan kepada ahli keluarga atau rakan terdekat untuk mendapatkan vaksin. Sampai disini sahaja perkongsian kami. Semoga bermanfaat!