Sekarang ni dah makin ramai yang lebih menyukai pakaian-pakaian terpakai, atau bahasa lainnya, bundle.

Rata-rata kata mereka;

“Beli bundle lagi style”
“Baju bundle tak ditelan dek zaman”
“Beli bundle lebih berpatutan”

Permintaan bundle semakin meningkat jika diperhatikan sehingga ramai yang membuka perniagaan bundle.

Buat yang baru berjinak-jinak nak menyelam di Bundle, harini kami nak sharekan tips menyelam supaya pengalaman menyelam anda mendatangkan hasil!

Sekejap, apa maksud istilah menyelam dalam konteks ini?

Okay guys, menyelam dalam konteks ni bukan macam gif dekat atas ni. Tapi, istilah menyelam di bundle ni biasa digunakan oleh penggemar atau pengumpul barangan bundle.

Tips Menyelam Di Bundle

  1. Semak satu per satu
Bundle' business provides income for couple

Menyelam bundle ni kena sabar. Semak satu per satu. Sebab tu kalau korang perasan, orang pergi menyelam ni dia selalu spent masa yang lama.

Pentingnya semak satu per satu adalah kerana selalunya, pakaian-pakaian yang diletak pada rail dalam kuantiti yang banyak. Rugilah kita kalau sekadar hanya menolak hanger tanpa melihat keseluruhan pakaian.

2. Check tag

How To Create Custom Printed Labels For Your Shirts (Plus 10 Examples!) |  Real Thread | Shirt label, T shirt label, Clothing labels design

Tag Baju atau Tag Brand di setiap baju perlu diambil kira sebelum kita membeli untuk memastikan item itu benar-benar original.

Kebiasaan nya tag baju terletak di leher atau di sisi bawah baju. Anda perlu pastikan ianya betul-betul menepati spec seperti yang tulen/original.

Seperti yang kita tahu, brand-brand ternama kerap di-copy oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijual pada harga yang lebih murah daripada yang original. Jangan terkejut jika mereka dapat tiru 97% sama macam original!

  1. Jangan rush

Jika dah jumpa dengan barang yang anda berkenan jangan terburu-buru sebaliknya luangkan lebih masa untuk membelek bagi memastikan tiada kerosakan.

Ketelitian ini perlu diberi perhatian kerana sifat barang preloved itu sendiri yang mungkin ada kecacatan ketara.

4. Check Jenis Fabrik & Kondisi

Sebelum anda membeli, pastikan jenis fabrik untuk item tersebut. Jika tshirt di Malaysia, kebiasaannya nilai fabrik 50% Cotton 50% Polyester atau lebih dikenali dengan ‘Kain 5050’ lebih tinggi nilainya berbanding 100% Cotton.

Perkara ini dapat dipastikan melalui info yang diletakkan pada tag baju tersebut.

5. Bandingkan harga

How you can gain Business Insights from Price Comparison sites - PromptCloud

Mahal tak semestinya rare. Yang paling penting pastikan anda periksa harga market sebelum membeli.

Adalah lebih baik untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang lebih arif untuk menilai sesuatu item sama ada berpadanan atau tidak dengan harga yang diletakkan.

Tapi kalau anda rasa berbaloi dengan harga tersebut, beli saja.