Musim perayaan ni tak sah dengan pelbagai juadah yang sangat enak. Rendang, ketupat, kuah kacang, kuah lodeh dan banyak lagi lagi sering menjadi tumpuan ketika musim perayaan.

Walaupun pada zaman covid ni kita tak dapat menyambut hari raya dengan meriah, makan tetap makan!

Tapi, makan memang sedap. Yang tak sedapnya bila kita makan tak ingat dunia. Iyalah, dah berpuasa sebulan kan. Sekarang masa untuk makan semuanya! Siapa yang macam ni?

Makan tu memang boleh, tapi kena berpada-pada. Tip di bawah boleh membantu anda untuk memastikan hari raya yang lebih sihat.

  1. Pilih bahagian protein yang kurang berlemak
Resipi Rendang Ayam Yogurt Sihat | MAGGI® Malaysia
Kredit: Maggi

Makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.

Daging, terutamanya daging merah, biasanya mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Walaupun pengambilan daging tidak sepenuhnya dilarang, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging.

Sebagai contoh, jika anda makan ayam, anda boleh memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih sedikit kandungan lemaknya.

2. Sukatan yang kecil

Selalukan tengok orang ambil makanan yang banyak dalam pinggan? Apa yang anda boleh buat ialah ambil makanan dalam sukatan yang kecil.

Contohnya, ambil 1 biji ketupat, satu sudu kuah kacang, seketul dua daging rendang. Bukan satu
senduk ok! Makan perlahan-lahan sambil menikmati rasanya. Cara ini juga dapat membantu anda untuk tidak berasa terlalu kenyang.

3. Lebihkan air masak

Kami faham, musim perayaan ni memang meriah dengan air ‘berwarna’ seperti air gas, air kordial dan bermacam-macam lagi.

Satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat.

Selain itu satu sudu makan sirap juga mengandungi 10 gram gula pasir.

Soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.Cuba kali ni lebihkan air masak. Selain dapat mengawal gula, bila anda banyak minum air, anda akan rasa kurang lapar.

4. Jangan baring saja!

Lepas makan, baring. Lepas makan , baring. Mana sihat macam tu! Pastikan anda kekal bergerak, walaupun hanya di rumah. Contohnya mencuci pinggan mangkuk, menyapu dan siram pokok bunga. Dengan cara itu anda tidaklah hanya menghadap makanan yang begitu banyak di atas meja.

5. Hadkan pengambilan garam

Bila waktu raya ni, memang syok tengok tv makan kerepek. Tapi tahukah anda kerepek yang kita makan tu mempunyai kandungan garam yang tinggi? Bukannya tak boleh makan, boleh je! Cuma kena hadkan sahaja.

Okay itu saja perkongsian kami pada kali ini. Semoga bermanfaat!