Tajuk di atas selalu menjadi perbalahan mulut orang ramai. Betul tak? Ada yang claim asalnya dari Malaysia, ada yang claim asalnya dari Indonesia. Tapi mana satu yang betul?

Sebenarnya, rendang ada sejarah penciptaannya yang tersendiri.

Harini, kami nak rungkaikan perbalahan ini.

Menurut B. Sutomo, penulis Rendang: Juara Masakan Terlezat Sedunia Versi CNN GO, rendang mula diperkenalkan di Sumatera Barat sejak abad 8. Juadah ini dianggap sebagai hidangan penting yang mesti ada pada waktu kenduri, upacara adat, atau perayaan.

Rendang dianggap sebagai perlambang musyawarah dan mufakat yang membentuk masyarakat Minang.

Delicious cuisine Of Padang West Sumatera | INDONESIAN

Menurut sebuah case study yang bertajuk – A Case of Neglected Culinary Globalization (2010), rendang dibawa masuk ke Malaysia oleh sekumpulan imigran dari Indonesia pada tahun 1900-an. Sebahagian besar perantau yang memperkenalkan rendang ke sana adalah orang-orang Minang.

Walaupun berkongsi nama yang sama, rendang Malaysia dan Indonesia ada perbezaannya.

Seperti yang ramai sudah tahu, populasi Minang ramai berada di Negeri Sembilan. Oleh disebabkan budaya Minangkabau dibawa dan diadaptasi menurut cara masyarakat setempat, budaya dan masakan masyarakat Malaysia juga sedikit sebanyak dipengaruhi.

Di Malaysia, setiap daerah mempunyai hidangan rendang yang tersendiri dan disebabkan itu, resepi rendang telah dipelbagaikan supaya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, antara jenis-jenis rendang yang terkenal di setiap pelosok negara ialah:

  • Rendang Ayam Lengkuas Sabah
  • Rendang Daging Tok di Perak
  • Rendang Hati Johor
  • Rendang Ayam Nogori
  • Rendang Minang Negeri Sembilan
  • Rendang Daging Hitam Sarawak.
Rendang Ayam Cili Padi Nogori Yang Sedap - Azie Kitchen
Kredit: Azie Kitchen

Resepi turun temurun

Masakan ini boleh bertahan selama sehingga 3 bulan tanpa merubah rasa asal dan aroma hidangan. Walaupun disimpan lama, rasa hidangan tersebut akan menjadi semakin enak.

Hidangan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini dimasak sebenarnya dimasak untuk jangka masa yang lama oleh generasi terdahulu dan cara masakan tersebut masih diamalkan oleh penduduk-penduduk di kampung. Rendang dimasak lama kerana mahu daging yang dimasak dalam rencah rendang menyerap segala rasa rempah  yang dimasukkan disamping memastikan daging dimasak sehingga empuk dan kering.

Makin lama dimasak, makin sedap dan lebih lama rendang itu boleh disimpan. Sooo, sempena raya tak bakal menjelma tak lama lagi, selamat merendang!