Okay soalan. Berapa kali sebenarnya korang cuci jeans korang dengan washer machine?

Tahu tak, CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh sebenarnya tak suggest untuk jeans
di cuci dengan mesin basuh.

“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian
seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan,
jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.

TAPI, ni bukan alasan untuk korang tak cuci sampai berbulan-bulan. Berbau pulak nanti, kuman pun boleh terkumpul.

Lepas ni korang try tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.

  1. Cuka
Believe the Hype! 4 Raw Denim Care Myths That Aren't All Busted | by Thomas  Stege Bojer | Medium
Credit: medium.com

Bukan saja digunakan sebagai pelengkap masakan, tapi cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen
untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama
setengah jam.

Penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya, manakala sabun yang
korang guna tu boleh membuatkan warna asal jeans pudar.

2. Wap air

Premium Photo | Traditional steamer pot with white smoke while cooking

Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga
wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.

3. Gantung di tempat berangin

FACT OR FAKE #55] Does Freezing Your Jeans Really Clean Them Of Bacteria?

Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk
korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari