Bila korang dengar perkataan Kanagawa Wave, apa perkara pertama yang terlintas dalam kepala korang?

Laut? Jepun? Ombak?

Sebenarnya, Kanagawa Wave ni mempunyai maksud yang mendalam. Gelombang besar Kanagawa ini, atau juga dikenali sebagai The Great Wave merupakan salah satu seni Jepun yang terkenal di dunia.

Lukisan ini merupakan karya nama yang tidak asing lagi di Jepun iaitu Katsushika Hokusai. Walaupun kelihatan biasa dan sederhana, lukisan ini sangat komplek dari segi geometrik.

Unsur ombak jelas kelihatan di sini, namun, terdapat juga elemen Gunung Fuji pada tengah lukisan.

Tapi, apakah maksud disebalik dua simbol dalam lukisan ini?

Sebenarnya, Kanagawa Wave ni mempunyai maksud yang mendalam.

Gunung fuji adalah simbol yang sangat penting dalam budaya Jepun. Ia merupakan simbol kebanggaan dan identiti nasional, keindahan, dan sifat kerohanian yang tinggi. Hokusai dalam lukisan ini ingin menunjukkan kesemua aspek keindahan dan kepentingan Gunung Fuji, serta keindahan keseluruhan Jepun.

Bukan itu sahaja, Gunung Fuji itu juga menjadi sumber rezeki kepada ramai sama ada mereka adalah petani, atau bangsawan, Gunung Fuji itu memberi 1001 inspirasi.

Hokusai menggambarkan gelombang besar seolah-olah sedang ‘mengamuk’, kuat dan hebat namun tetap mempunyai kecantikkannya yang tersendiri. Ia juga melambangkan budaya dan seni dari segi spritual.

Pelukis juga ingin menggambarkan betapa kayanya Jepun dengan budaya yang menarik sehingga menjadi ikutan seluruh dunia.

Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis. Menarik, bukan?

Tapi, apa pula kaitan Bandoru dengan lukisan Kanagawa Wave ini?

Seperti yang ramai tahu, nama Bandoru sendiri adalah daripada Bahasa Jepun. Budaya Jepun sangat dekat dengan Bandoru.

Kerana itulah terhasilnya Kanagawa Wave Tshirt limited edition yang direka khas sempena lukisan The Great Wave of Kanagawa.