Pelbagai ragam, luahan perasaan, gosip membawang dan suka duka yang terjadi. Itu antara perkara yang dapat disimpulkan menerusi Shopee Live Bandoru yang semakin happening dan ‘gila-gila’ dengan akak-akak yang selalu menghiburkan hati kami.

Ada yang mungkin pernah masuk live kami, anda semestinya tahu betapa meriahnya komen di ruangan chat. Ada yang cerita pasal hal anak, tak kurangnya berbelah bahagi nak tengok live ke nak masak, kisah percintaan dan ada juga nak ‘try’ seller kami.

Bandoru @ Shopee

Mungkin ramai yang belum tahu yang Bandoru dah ada buat Shopee Live so boleh la follow kami dan tengok live yang bersiaran setiap hari bermula pukul 12.30 tengahari sehingga 4.30 petang bersama orang kuat kami, Dhiya Ur-Rahman yang lebih popular dikenali sebagai Dhiya dan pembantunya, Amalina (Lin).

Dhiya Ur-Rahman

Mesti ada yang takut sebab jadi orang baru dalam keluarga kami kan? Relakss. Akak-akak shopee ni semuanya sporting habis. Bukan setakat diorang akan ajak korang bergosip skali tapi diorang semua pun akan tolong korang untuk bid barangan live pada siapa yang ada line laju asalkan korang minta tolong. No worries, okay?

Lebih best, seller kami ni memang jenis melayan akak-akak ni sampai tak kering gusi. Boleh dikatakan dia akan baca semua chat atau komen korang tanpa pilih kasih dan sememangnya Dhiya sangat menghiburkan. Kami pun naik hairan sebab hampir setiap hari pengguna yang kami anggap macam keluarga (nleen86, dhiya_9192, attos, bcbracelet) dan ramai lagi yang datang singgah and memang selalu membeli.

Dalam sedar tak sedar, usia Bandoru Shopee baru masuk 6 bulan dan dah ada kira-kira 11,600 ribu pengikut yang rata-ratanya adalah wanita. Kenapa? Sebab kami jual barangan wanita seperti Blouse, Dress, Shirt, Skirt, Palazzo, Knitwear, Jumpsuit, Hoodie dan T-Shirt.

Review di Shopee Bandoru

InsyaAllah kami akan berikan lebih baik dari semasa ke semasa dan sajikan barangan yang lebih padu untuk semua akak-akak dan abang-abang yang follow kami. Jutaan terima kasih kerana sama-sama support usaha dan impian Bandoru sehingga kami menjadi ‘Preferred’ di Shopee.

Rasa-rasa kalau kami buat event untuk raikan followers Shopee kita di mana-mana cawangan Bandoru pada masa akan datang, agak-agak ada yang nak join tak??