Anda mungkin pernah melihat salah satu karya yang sukar untuk difahami serta tidak tahu dari mana asalnya karya itu. Bulu perak yang dicanai seperti ditiup angin, menampilkan urat bercabang yang kelihatan rumit dan dilengkapi dengan sentuhan akhir, helang bersadur emas. Anda mungkin pernah melihat perhiasan berbentuk bulu yang lain sebelumnya tetapi tidak ada yang setanding dengan ketelitian dan perincian hasil kerja tangan. Itulah GORO. Antara maestro barang perhiasan perak yang telah mengubah landskap fesyen di Jepun

Barang perhiasan rekaan khas ini dicipta oleh sosok yang bernama Goro Takahashi, beliau telah meninggal dunia pada 25 November 2013, bulu-bulu itu bukan hanya merupakan perhiasan tetapi juga menyimpan budaya yang tumbuh dalam dirinya selama lebih dari 35 tahun. Dilahirkan pada tahun 1939, perjalanan Goro Takahashi bermula pada beliau menginjak usia awal remaja, ketika itu beliau diajar bagaimana mengukir kulit oleh tentera Amerika Syarikat di Jepun. Dia dihadiahkan alat ukiran kulit oleh seorang askar Amerika ketika pendudukan berakhir dan telah mengembangkan minatnya dalam seni itu, seterusnya melahirkan kedai pertamanya di Aoyama. Beliau kemudian berkelana ke Amerika Syarikat dalam usaha untuk mempelajari lebih lanjut mengenai seni ukiran kulit. Walaubagaimanapun hal yang berlainan pula berlaku,  Takahashi telah menemui dan mempelajari seni ukiran perak dari penduduk asal pendalam Amerika (kaum Indian).

Beliau kemudian telah dianugerahkan dengan gelaran “Yellow Eagle,” yang bermaksud helang dari timur (warna kuning membawa makna timur pada kaum Lakota) oleh ketua suku kaum Lakota

Menurut cerita, Takahashi menjadi sangat rapat dengan suku Lakota, dan ada yang mengatakan bahawa beliau merupakan orang bukan Lakota pertama yang mengambil bahagian dalam ritual “Sun Dance”. Beliau kemudian telah dianugerahkan dengan gelaran “Yellow Eagle,” yang bermaksud helang dari timur (warna kuning membawa makna timur pada kaum Lakota) oleh ketua suku kaum Lakota. Sekembalinya beliau ke Tokyo pada tahun 1966, beliau telah memindahkan kedai Aoyama ke Harajuku selang beberapa tahun kemudian di mana reka bentuknya yang diilhamkan oleh penduduk asli Amerika dengan cepat menobatkan namanya dalam industri aksesori perak. Reka bentuknya menjadi popular di kalangan bintang Jepun termasuk Kimura Takuya dari kumpulan rock SMAP dan sejak itu telah melangkaui negara-negara lain di mana anda akan melihat karya Goro dipakai oleh bintang ternama seperti John Mayer, rakan baiknya Eric Clapton, pengumpul tegar Goro Hiroshi Fujiwara dan ramai lagi.

Walaupun Takahashi telah meninggal dunia pada tahun 2013 legasi karya-karya perak ciptaannya, perniagaan dan kerajinannya masih diwarisi oleh anak-anaknya yang telah meneruskan seni dan warisannya. Anda boleh berpendapat bahawa dengan munculnya media sosial dan internet, karya Goro menjadi lebih dihormati daripada sebelum era ini. Goro masih mengekalkan tradisi di mana satu-satunya tempat yang anda boleh membeli secara lansung karya-karya agung Goro hanyalah di kedai Harajuku. Disitu anda akan dapat melihat barisan peminat yang berharap memperoleh peluang untuk membeli apa saja yang stok barang perhiasan perak yang tersedia untuk hari itu. Pelanggan yang dibenarkan berada di dalam kedai pula terhad kepada lima orang pada satu masa dan hanya dibenarkan memperoleh satu barang pada satu lawatan. Walaupun begitu, ianya bergantung juga pada keperibadian pelanggan dan budi bicara kakitangan Goro yang bertugas, Goro amat menitikberatkan tentang personal yang bakal menyarung barang perhiasan buatan mereka, hasil jualan bukan segalanya bagi mereka, perwatakan dan identiti pelanggan yang bakal menyarung barang perhiasan diambil kira oleh mereka, itu merupakan antara keunikkan Goro. Kebanyakkan  pelanggan masih terus berharap apa yang mereka idamkan akan ditawarkan kerana semua barang perhiasan dicanai dengan kuantiti yang terhad.

Walaupun anda mempunyai banyak wang dan keinginan untuk memiliki perhiasan buatan Goro, belum tentu anda akan memilikinya secara terus daripada Goro

Walaupun anda mungkin tidak dapat membeli apa-apa yang anda mahukan, jika ada, ia boleh membingungkan bagaimana anda juga berpeluang masuk ke kedai. Walaupun menggunakan hampir semua kaedah pengeluaran dan penjualan tradisional mereka, Goro mengembangkan sistem pembeliannya kepada pendekatan loteri. Inilah yang harus anda ketahui dan apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sesuatu dari Goro. Kedai ini dibuka enam hari dalam seminggu, tutup pada hari Rabu dan terletak di 4 Chome-29-4 Jingumae, 150 谷 区 Tokyo 150-0001, Jepun.

1. Walaupun undian dibuka pada pukul 11 ​​pagi, anda perlu mula mendapatkan tempat anda lebih kurang jam 10 pagi. Sekiranya anda sampai di sana lebih awal dan terdapat ruang pada pagar di hadapan kedai, anda mesti duduk di atasnya untuk menuntut tempat anda. Garis untuk undian ditutup pada pukul 11 ​​pagi, jadi anda mesti berada di sana sebelum itu.

2. Setelah undian dibuka, kakitangan akan mellintasi barisan beratur untuk mengeluarkan tiket serta mengenal pasti sama ada anda akan masuk sendiri atau secara berkumpulan (anda hanya akan diberi satu tiket jika anda ingin masuk secara kolektif sebagai kumpulan).

3. Kakitangan kedai kemudian akan melintasi barisan sekali lagi untuk memeriksa pasport.

4. Setelah anda bergerak ke depan kedai di mana undian itu berada, anda perlu menekan draw pada iPad yang menentukan kedudukan masuk untuk anda.

5. Sekiranya anda memperoleh nombor  dalam lingkungan 1-30, anda akan menerima gelang tangan bernombor yang bermaksud anda berpeluang memasuki kedai mengikut nombor giliran anda.

6. Selepas anda menerima gelang tangan, anda dikehendaki menunggu sehingga sekitar jam 1 petang iaitu waktu operasi kedai dibermula dan lima pelanggan pertama dibenarkan masuk.

7. Urusan jual beli di Goro hanya menggunakan wang tunai dan harga bagi setiap barang perhiasan adalah berbeza-beza mengikut saiz, hasil seni dan material (saduran emas). Rujukan mengenai sebilangan harga dan barang perhiasan ada terdapat pada video di atas talian.

” Saya tidak pernah menunggu apa-apa dalam hidup saya tetapi kali ini saya menunggu tujuh hingga lapan jam untuk karya kedua Goro saya. “

Marcus Troy

Sekiranya anda tidak bernasib baik dalam semua percubaan anda atau ingin menjimatkan masa, anda ada juga pilihan untuk pergi ke kedai yang menjual kembali Goro seperti Rinkan atau melalui aplikasi Grailed untuk mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan ke Tokyo. Namun, itu tidak disertakan dengan pengalaman berbaris dan mengambil giliran, yang merupakan antara momen yang tidak akan dapat dilupakan oleh kebanyakan pengumpul dan pelanggan Goro. Lebih-lebih lagi, anda perlu membayar harga yang tinggi (premium) sekitar dua atau tiga kali ganda untuk beberapa kepingan yang biasa dan lebih mahal lagi untuk barang-barang “rare” seperti pendant helang dan sebagainya. Untuk makluman lanjut tentang Goro, boleh layari website https://goros.com