Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa baru-baru ni Bandoru Shah Alam dan Bandoru Cheras ada terlibat bersama Reallabs Malaysia pada hari Sabtu lepas kan? Macam tak ada kena mengena je.

Sebenarnya ada kerana kami mempunyai tujuan yang sama iaitu mengamalkan konsep kitar semula, mengurangkan penggunakan bahan mentah baharu dan memberi nafas baharu kepada sisa buangan dengan tujuan menjaga kelestarian bumi kita.

Untuk pengetahuan semua, Bandoru berbesar hati untuk menerima pelawaan pihak Reallabs Malaysia apabila dipilih menjadi checkpoint pertama dalam siri Jelajah RL yang bermula pada 14 November lalu.

Sasaran Reallabs Malaysia adalah untuk mencapai angka SIFAR (0) bagi kesemua bungkusan produk RL di tapak pelupusan sampah pada tahun 2025

Credit: Reallabs Malaysia

Jelajah RL adalah program yang dirangka bagi tujuan pendedahan kepada pemilik kucing tentang kepentingan pengurusan ‘cat litter’ di rumah dan pengenalan kepada Kempen Kitar Semula RL (RL Zero Waste Goal ).

Bagi semua yang belum sempat ke Jelajah RL ini, jangan risau sebab mereka akan terus menjelajah ke lokasi-lokasi terpilih sehingga 28 Februari 2021 di seluruh semenanjung Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah:

  • Cat Litter Management
  • RL Zero Waste Goal – Recycle & Get Reward
  • Voucher Redemption “Banci Kucing Malaysia 2020”
  • Year End CRAZY Promotion

Bagi pemilik-pemilik kucing yang nak tebus and dapat pasir kucing Real Litter: Ultra secara percuma, anda boleh sertai mereka dengan mengisi Banci Kucing Malaysia 2020 di https://www.reallabsco.com/bancikucingmalaysia

Melalui bancian tersebut, pihak RL dapat mengenal pasti saiz, taburan dan komposisi kucing di Malaysia.

Data ini akan dianalisis agar dapat digunakan bagi mengekalkan keseimbangan , kesejahteraan, hak dan kebajikan kucing-kucing di Malaysia.

Lepas ni katanya ke Bandoru Ipoh kat Perak pulak. So stay tune guys. Jumpa semua kat sana ya!

Bandoru Ipoh, Perak