Berita baik untuk anda yang sudah lama menantikan pelancaran konsol mudah alih terbaharu Sony iaitu PlayStation 5 (PS5) yang mula dibuka pra-tempahan bermula hari ini, 12 November 2020.

Sony Interactive Entertaiment Singapore Private Limited (SIES) dalam kenyataannya hari ini telah mengumumkan bahawa PS5 di Malaysia akan dilancarkan pada 11 Disember 2020.

Terdapat dua variasi iaitu PS5 Edisi Digital akan dijual dengan harga bermula RM 1,869 manakala PS5 Edisi pemacu cakera Ultra HD Blu-Ray pula dijual dengan harga RM 2,299.

Pra-tempahan PS5 boleh dilakukan dalam talian atau melalui pengedar terpilih

Selain konsol utama, aksesori tambahan seperti DualSense Controller (RM349), Pulse 3D Wireless Headset (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan DualSense Charging Station (RM 149) akan turut dijual berasingan.

Selain itu, antara video games PS5 terbaharu yang dilancarkan adalah Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty: Black Ops Cold War, and Demon’s Souls yang mula dijual pada harga RM 209 sehingga RM 299.

Untuk spesifikasi lanjut dan maklumat pengedar terpilih bagi pra-tempahan, anda boleh check website ini https://www.playstation.com/en-my/local/news/playstation5-launch-day/

Apa lagi tunggu? Jom beli.