Macam mana hari-hari korang dekat rumah semasa Perintah Pergerakan Kawalan ni? Okay tak? Mesti ramai diantara pembaca menghabiskan masa dekat rumah dengan menonton Netflix bukan? Kalau anda seorang yang kaki tengok Netflix, mesti anda boleh relate dengan gif dibawah:

Tapi mesti ada juga yang baru subscribe Netflix dan buntu, tak tahu nak tengok apa. Okay jangan risau guys, jom kami bantu anda semua pilih filem ataupun siri yang famous atau pun tak berapa terkenal tapi berbaloi untuk ditonton!

Rudy Habibie

Menceritakan tentang kisah Rudy Habibie ketika zaman belajarnya di german, beliau adalah presiden republik indonesia yang ke 3. Filem ini banyak menceritakan semangat patriotik yang ada pada Rudy Habibie dalam membangunkan Indonesia sebagai Negara yang maju dan disegani.

Lepas tengok cerita ni mesti anda semua akan jadi lagi sayang pada negara!

Le Casa De Papel

Jika anda perhatikan di merata sosial media, Le Casa De Papel atau Money Heist ini sedang hangat diperkatakan. Ini kerana siri dari Sepanyol ini baru saja menayangkan tayangan musim ke 4. Ya, dah musim ke 4 dah siri ini!

Apa yang membuatkan Money Heist trending dan ditonton ramai adalah semestinya jalan penceritaan yang lain daripada yang lain. Rompak bukan sekadar rompak, Money Heist juga menampilkan unsur-unsur kesetiaan, kekeluargaan, percintaan, pengorbanan dan banyak lagi!

Money Heist juga bukanlah rompakan yang biasa… Segala strategi, teknik di reka dengan penuh sistematik. Percayalah, lepas anda habiskan episod pertama pasti akan melekat sampai habis!

Moneyball

Menceritakan tentang seorang pengurus pasukan baseball yang kecil di Amerika. Mengalami kekangan kewangan untuk bersaing dengan pasukan pasukan besar dan kaya, beliau mencipta teknik menggunakan matematik + statistik + data + baseball untuk membeli pemain pemain underdog dan tak terkenal untuk mencabar kejuaraan.

Teknik moneyball ini kemudiannya diguna pakai oleh pasukan dalam sukan lain, seperti contoh, Liverpool menggunakan teknik ini pasca pengambilalihan FSG Sports. Memang power teknik ni sampai Liverpool boleh bangkit dari zaman kejatuhan.

Nak tau teknik apa, korang kena tengok!

Dirty Money

Dirty money adalah dokumentari bersiri yang menceritakan skandal skandal daripada perniagaan, insitut kewangan dan politik! Kebanyakannya adalah skandal yang dah terbongkar dan ada juga yang masih dalam perbicaraan

memang mindblown bila tengok skandal skandal yang berlaku di seluruh dunia!

istimewanya, negara kita pun ada juga, tak lain dan tak bukan berkaitan 1MDB yang hangat diperkatakan sehingga menyebabkan kerajaan yang memerintah selama 61 tahun tumbang.

Peaky Blinders

Menceritakan sebuah organisasi gangster yang diketuai oleh Thomas Shelby yang bernama Peaky Blinders, bermula sebagai organisasi kecil je. Kemudian mereka membesar sampai nak bertanding dalam parlimen England

Apa jadi bila gangster ada di dalam parlimen ?

Fractured

Jika anda sukakan jalan penceritaan yang sentiasa membuatkan anda tertanya-tanya, inilah filemnya. Fractured mengisahkan seorang ayah yang sedang mencari isteri dan anaknya di sebuah hospital yang dikatakan ‘shady‘.

Apa sebenarnya terjadi kepada anak dan isteri lelaki ini? Haa, itu korang kena tengok sendirilah. Tak nak lah jadi spoiler!

Okay, diharapkan kami dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengisi masa bosan anda. Yang penting kita semua stay at home ok!