Dah kenapa pula tak boleh ambil gambar Eiffel Tower ni? Okay, bawa bertenang semuanya. Waktu-waktu tak boleh ke luar negara ini, apa kata kita tambah pengetahuan tentang travel yang tak pernah kita tahu?

Bila sebut saja Paris, pasti perkara pertama yang dibayang adalah Eiffel Tower, bukan? Eiffel Tower ini tersangat terkenal sehinggakan ia bukan sahaja menjadi simbol kepada kota Paris bahkan kepada seluruh Perancis.

Sesiapa saja yang ke Paris, pasti akan bergambar dengan Eiffel Tower. Tapi tahukah anda mengambil gambar Eiffel Tower pada waktu malam adalah merupakan satu kesalahan undang-undang di Paris?

Terkejut? Tak percaya? Okay jom kita tengok sikit kenapa anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya anda mengambil gambar Eiffel Tower pada waktu malam.

Dibina oleh Gustave Eiffel pada tahun 1889, pencakar langit ini telah menarik lebih daripada 6.9 juta pelawat secara konsisten dari seluruh dunia hanya untuk melihat dan mengambil gambar pada setiap tahun.

Larangan ini wujud kerana undang-undang hak cipta Perancis yang memberikan hak eksklusif penjualan dan pengedarannya kepada pencipta asal sesuatu objek. Tempoh hak eksklusif ini tidak tertakluk kepada hayat pencipta tersebut, tetapi untuk jangka masa yang panjang selepas kematian si pencipta.

Gustave Eiffel meninggal dunia pada tahun 1923, dan hak cipta tamat selepas 70 tahun kematian beliau pada 1993. Jadi, persoalannya, kenapa masih tak boleh ambil gambar Eiffel Tower pada waktu malam selepas tamat hak cipta?

Pada tahun 1985, Eiffel Tower telah dihiasi lampu-lampu menarik oleh Pierre Bideau. Ini membawa makna, mana-mana gambar yang diambil sewaktu lampu dipasang pada waktu malam, telah melanggar undang-undang hak cipta.

Anda risau kerana anda pernah ambil gambar Eiffel Tower pada waktu malam? Jangan risau. Semenjak 2016, pelancong dibenarkan mengambil foto dan video pencakar langit untuk dengan niat hanya untuk kegunaan pribadi, dan bukannya dijadikan bahan jualan.

Okay, semua dah boleh relax!

Sumber: Why taking pictures of the Eiffel Tower at night can be considered illegal in France – Insider