Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia gempar dengan pengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mengikut Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumum oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Bantuan itu bernilai RM250 bilion dan dikatakan dapat memberi bantuan dan meringankan beban kesemua golongan dan lapisan masyarakat disaat kita dilanda wabak COVID-19.

Walaubagaimana pun, masih ada yang tidak jelas mengenai bagaimana untuk memohon bantuan-bantuan tersebut. Jom, kami kongsikan cara-cara untuk memohon BPN bagi anda yang layak.

Sebelum memohon, pastikan anda semak terlebih dahulu kriteria kelayakan yang ada.

Gambar: Gengborak.com

Tak daftar LHDN lagi? Jangan khuatir, anda boleh membuat permohonan baru yang bermula pada 1 April menerusi laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor di bawah:

Dalam pada masa yang sama, Kementerian juga mahu rakyat berhati-hati dengan golongan penipu scammers yang sudah tentu akan mengambil peluang untuk menipu orang ramai.

Pastikan anda semua merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan elakkan memberi maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Tapi, apa beza B40, M40 dan T20? Buat anda yang tidak pasti, rujuk info dibawah untuk mengenalpasti anda berada dalam golongan yang mana.

Anda juga boleh membuat semakan status di portal rasmi berikut:

Buat anda yang tidak tersenarai boleh membuat permohonan baru mulai 1 April 2020 dan jika diluluskan bayaran akan bermula pada Mei 2020. Bagi pelajar yang berstatus sepenuh masa dan tidak layak Bantuan Prihatin  Nasional B40 dan M40.

Sumber: Gengborak.com