Daripada Apple, Google, Facebook, Spotify, sehinggalah ke syarikat-syarikat kecil di Malaysia, semuanya telah pun melancarkan kempen bekerja daripada rumah sebagai satu langkah perlindungan daripada wabak Covid19 yang telah pun meragut ribuan nyawa.

Sesetengah kerjaya dah biasa dah dengan budaya work from home atau bekerja dari rumah ini. Tapi bagaimana pula dengan yang lain? Dapatkah anda kekalkan daya kreativiti dan produktiviti yang sama dengan bekerja di pejabat?

Untuk mendapatkan mood kerja yang betul, walaupun anda bekerja dari rumah, di atas meja yang 2 saat jauhnya daripada katil, jom kita sharekan beberapa tips!

Komunikasi!

Covid tak covid, komunikasi dengan bos dan rakan sekerja itu penting! Sentiasa berkomunikasi dengan mereka untuk mengetahui apa-apa info yang penting. Masa ni lah anda harus menggunakan segala gadget anda dengan betul.

Kalau tak suka menaip di WhatsApp, buatlah video call yang membolehkan anda berbincang bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Zaman sekarang ada macam-macam software yang membolehkan kita berinteraksi dengan ramai individu dalam satu masa. Gunakan teknologi canggih ini untuk berkomunikasi!

Dress up seperti anda di tempat kerja

Walaupun hanya di rumah, teruskan dengan rutin harian anda seperti mandi awal, bersiap untuk ke tempat kerja. Jangan pula anda pakai baju tidur daripada awal sehingga habis waktu bekerja.

Ini kerana melakukan rutin harian ke tempat kerja dapat membina semangat dan mood yang membolehkan anda bekerja dengan lebih produktif.

Lakukan senaman kecil

Bekerja di rumah akan membuatkan langkah anda minimal. Kalau di pejabat, anda boleh ke sana sini untuk merenggangkan otot. Tapi di rumah, anda boleh lakukan senaman ringan-ringan. Cukup untuk mengelakkan diri anda daripada mengantuk.

Jaga permakanan

Dekat rumah ni kita memang 100% full access dekat dapur, betul tak? Perut pula asyik lapar. Tapi tahukah anda terlebih makan juga tidak elok? Bukan saja akan menambahkan berat badan tapi akan membuat anda lesu dan tidak bermaya kerana makan yang berlebihan. Oleh itu, makan hanya bila perlu saja ya.