Hari ini (Rabu, 18/03/2020) merupakan hari pertama selepas Perintah Pergerakan Kawalan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Masyarakat diarah untuk duduk di rumah dan hanya keluar untuk perkara-perkara yang penting sahaja. So, macam mana aktiviti korang di rumah? Bosan ke seronok?

Tak tahu nak buat apa kat rumah? Jom kita kongsikan 5 benda fun yang korang boleh buat dekat rumah. Ingat ye, dekat rumah bukan luar rumah!

  1. Belajar masak

Haa, inilah masa yang paling baik untuk korang yang tak reti masak tu. Ambil peluang ini untuk belajar masak dengan yang lebih pakar, iaitu mak korang. Mak dekat kampung? Youtube kan ada? Korang ikut je step by step. Lagi satu, memasak ni bukan untuk perempuan je, lelaki pun kena tahu tau! So guys pun kalau tak tahu nak buat apa, belajar masak ok! Masak simple-simple je!

2. Marathon Netflix

Korang mesti ada senarai movie atau series yang korang tak dapat tengok lagi kan? Sekaranglah masanya untuk korang marathon tengok Netflix! Bila lagi kan? Macam-macam movie korang boleh tengok. Tak perlu tengok wayang! Daripada korang merayap dekat luar rumah, sebarkan virus, baik tengok movie. Selamat!

3. Baca buku

Apa kata korang habiskan membaca buku yang korang hanya baca sehelai atau dua helai muka surat tu? Membazirlah kalau beli saja tapi tak baca! Kalau dulu alasannya tak ada masa, sekarang gunakan masa dan peluang yang ada ni untuk habiskan buku-buku korang yang berhabuk dalam rak buku tu!

4. Shopping online

Tak dapat shop dekat shopping mall? Ecommerce kan ada! Betul, retail terpaksa ditutup tapi korang tetap boleh shopping secara atas talian. Yang suka selam, tapi tak boleh selam sebab kedai tutup? Nah, pergi selam dekat www.bandorustore.com ! Dekat situ, macam-macam jenis barang korang boleh selam, confirm syok!

5. Bersenam

Siapa kata dekat rumah tak boleh bersenam? Boleh saja! Korang tak perlu pun ke taman, atau pun ke gym sebab dekat rumah pun boleh buat. Kalau korang jenis kaki zumba, buka je youtube, banyak video-video zumba yang korang boleh join. Yang kata takboleh bersenam kat rumah ni selalunya alasan je!