Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika dihayati pepatah ini, sememangnya pencegahan jauh lebih baik daripada dirawat. Hampir seluruh dunia kini sedang diserang virus Covid19 yang kini telah meragut ribuan nyawa. Angka yang dijangkiti virus ini di Malaysia pula, makin hari makin meningkat.

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat, ketahui langkah-langkah perlindungan diri bagi mencegah penularan virus berbahaya ini.

  1. Elakkan berada di tempat orang ramai

Tahukah anda sebahagian kes Covid 19 di Malaysia meningkat gara-gara berkumpul secara beramai-ramai? Dengan sebab itu, anda amat digalakkan untuk mengelakkan diri daripada apa-apa gathering atau keramaian. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melarang orang ramai menyertai perhimpunan awam melebihi 50 orang. Arahan ini dikeluarkan untuk membendung penularan gelombang kedua wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini.

2. Kurangkan aktiviti di luar

Lebih elok sekiranya anda menghabiskan masa di rumah. Isi masa anda dengan membaca buku, melakukan aktiviti indoor bersama keluar dan banyak lagi. Ini kerana risiko untuk dijangkiti virus ini lebih besar jika anda terdedah dengan kawasan yang mempunyai ramai orang.

3. Travel? Tangguhkan dulu

Kebanyakkan kes didapati berpunca daripada individu yang pulang daripada luar negara. Sekiranya anda merancang untuk ke luar negara, tangguh dahulu sehingga keadaan reda.

4. Self quarantine

Menurut KKM, sekiranya anda baru pulang daripada luar negara, kuarantinkan diri anda di rumah sekurang-kurangnya 14 hari. Ini merupakan langkah untuk mengenalpasti jika diri anda mempunyai simptom-simptom Covid19.

5. Basuh tangan anda dengan kerap

Basuh tangan anda dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat terutama selepas anda berada di tempat awam, atau selepas meniup hidung, batuk, atau bersin. Jika sabun dan air tiada, gunakan pembersih tangan yang mengandungi alkohol sekurang-kurangnya 60%. Elakkan menyentuh mata, hidung, dan mulut anda dengan tangan yang tidak dicuci.

Jika kita sama-sama praktikkan langkah ini, penularan virus ini dapat dikawal.