Kadang-kadang mesti rasa bosankan pakai outfit yang sama? Balik-balik cardigan hitam, tudung hitam, jeans hitam. Haa, apa kata kita cuba sesuatu yang berbeza macam korea street fashion ke?

Bila sebut pasal Korea streetwear fashion, mesti korang terbayang outfit comel-comel, sweet-sweet kan? Tapi ada je style fashion yang ala-ala tomboy atau boyish. Walaupun pun nampak macam boyish, ciri-ciri cantik tetap boleh ditonjolkan!

Jom kita tengok style apa yang korang boleh ambil inspirasi.

  • Kemeja flanel

Kemeja ini boleh dikatakan wajib ada dalam wardrobe kalau korang nak bergaya ala-ala korean style. Tak kisah lah panjang atau pendek, korang akan nampak cool dan cantik! Nak tambah lagi cantik, korang kena pandai mix and match.

Padankan outfit korang dengan skinny jeans atau sneakers.

  • Bomber jacket

Kalau korang jenis yang mals tapi nak nampak bergaya, haa bomber jacket lah jawapannya. Time nak keluar, sarungkan je! Yang ni dekat Malaysia banyak ada.

Sangat berguna ya kalau member-member korang ajak lepak last minute ke, atau pun korang memang naturally malas! Kalau bab inner pula, sarungkan tshirt putih, skinny jeans. Settle!

  • Leather jacket
Image result for korean street fashion leather

Jaket ini sebenarnya boleh memberikan korang look yang feminin dan boyish. Sarung sahaja leather jacket ini, korang terus akan nampak lebih chic. Nak lebih menyerlah, boleh sahaja padankan dengan skaf warna-warni macam biru, merah, coklat atau putih.

  • Blazer

Sebenarnya pakai blazer begini disesuaikan dengan kemeja denim dan skinny jeans buat korang nampak cool! Korang boleh juga jadi lebih kreatif dan bermain dengan kemeja atau t-shirt untuk nampak lebih kasual. Kalau dah bosan dengan blazer plain, korang boleh sahaja cari yang bercorak.

  • Boyfriend jeans

Boyfriend shirt korang dah biasa dengar kan? Jadi lepas ini korang cari pula seluar potongan Boyfriend Jeans yang akan menampakkan korang ala-ala tomboy comel. Nak lebih santai, korang boleh cari hoodie dan loafers shoes. Barulah menyerlah ala-ala artis Korea.

Sumber: dhia.com