Zaman sekarang stress dengan manusia memang tak boleh berpisah. Senang kata mustahil lah seseorang itu tidak merasa stress. Lagi-lagi dengan zaman teknologi yang canggih ni, level stress tu boleh double up, betul tak?

Kesibukkan dalam apa jua yang sedang kita lakukan kadang-kadang membuat kita lupa tentang kesihatan mental diri. Kita memang tak boleh menghindari stress. Tapi apa yang kita boleh lakukan untuk kekal tenang ialah mengawal stress yang ada dalam diri.

Rasa macam mudah bukan mengawal stress? Kalau kita baca memang senang, tapi nak pratikkan bukan mudah untuk semua orang. Jom, baca apa yang anda boleh buat sekiranya stress.

  • Berfikiran positif

Setiap detik yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya. Tidak kiralah sama ada buruk atau baik. Sekiranya anda mengalami waktu-waktu genting, anda perlu berfikiran positif. Sentiasa bercakap dengan diri sendiri dengan mengatakan ‘Tak apa, benda boleh settle’, ‘Nanti saya cuba lagi’, ‘Peluang sentiasa ada’. Berfikiran positif boleh membantu kita mengawal stress.

  • Kongsi masalah

Bila anda dalam masalah, jangan pendam di dalam hati. Sebaiknya, luahkan pada individu yang paling anda percayai. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.

Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

  • Massage, massage, massage!

Haa, yang ini pasti ramai suka. Siapa je tak suka berurut bukan? Tahukah anda selain melegakan badan, berurut juga boleh membantu menghilangkan stress?

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stress.

  • Bersenam

Bukan time nak kurus je bersenam, time stress pun elok bersenam! Bersenam boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.

Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenamrobik.

  • Beriadah

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda suka. Berbasikal ke, main badminton ke. Apa -apa aktiviti pun boleh! Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stress.

Banyak sebenarnya cara untuk mengatasi stress, yang paling penting kekal tenang kerana setiap permasalahan, pasti ada cara penyelesaian!