Jenama mewah OFF WHITE telah melancarkan koleksi RTW mereka baru-baru ini di pentas peragaan. Jenama fesyen ini melancarkan 41 ‘look’ menarik yang lain dari koleksi sebelum ini di mana setiap helaian rekaan menitikberatkan penggunaan tekstil dan corak yang berbeza dan unik.

Penggunaan warna-warna ‘basic’ seperti hitam, putih, dan biru membuka tirai pentas peragaan disamping ‘style’ dan ‘silhoutte’ yang unik dan diikuti warna dan tekstil yang bercorak abstrak dan minimalis.

Acara dimulakan dengan ‘catwalk’ pembukaan dari ‘supermodel’ Bella Hadid, yang menjadi model ‘favourite’ hampIr kesemua pereka di pentas peragaan.  Siapa saja tak suka akan beliau yang mempunyai perwatakan menarik disamping mempunyai hampir 29Juta pengikut di laman instagram.

Bella Hadid memulakan peragaan dengan memakai sepersalinan rekaan yang berasimetrikal dengan penggunaan material ‘pleated tulle’ dan stail ropol pelengkap gaya.

Antara ‘look’ yang menarik di pertunjukan fesyen Off White RTW 2020

Lebih menarik lagi, ibu kepada supermodel Bella Hadid, Yolanda Hadid juga menghiasi pentas peragaan di ‘look’ ke-15 dan menarik perhatian semua tetamu acara.  Yolanda Hadid adalah supermodel terkenal  di sekitar era 80an dan 90an yang pernah menjadi model di jenama fesyen lain seperti Chanel, Lanvin dan banyak lagi.

Beliau adalah satu kejutan yang mengejutkan bagi penonton yang memberi penghormatan kepada pengasas Off White, Virgil Abloh dan pengarah, Liz Goldson.  ‘Muse’ Off White ini menyarung sepasang blazer yang bercorakkan graffiti dipadankan dengan ‘cigarette pants’ dan sepasang ‘sunglasses’ hitam di atas pentas peragaan.

Tidak ketinggalan, supermodel Gigi Hadid juga berjalan di pentas peragaan Off White sebagai ‘closing show’ dengan mengenakan busana penuh dramatik berona putih dan ‘cobalt blue’ . 

Seperti biasa, catwalk yang menarik disajikan oleh beliau sesuai dengan style baju yang dikenakan dan memberi impak yang menarik untuk diingati oleh penonton.  Antara supermodel lain yang memperagakan rekaan Off White seperti Karlie Kloss dan Doutzen Kroes.