Kadang-kadang, memakai kasut tinggi boleh menjadi satu pengalaman ngeri kepada sesetengah perempuan. Iyalah, bukan semua perempuan sukakan kasut tinggi. Bila cerita pasal majlis perkahwinan, secara amnya pengantin perempuan akan memakai kasut tinggi. So macam mana nasib wanita-wanita yang tak suka pakai kasut tinggi ni?

Jangan risau, ada berita baik untuk sneakers lovers! Baru-baru ni, Converse telah melancarkan kasut sneakers khas untuk bakal pengantin. Koleksi yang dinamakan Converse Wedding Sneakers ini dikatakan sangat selesa untuk pengantin bergerak ke sana ke sini. Tahu tahu jela majlis kahwin dia penat macam mana kan? Jom, kita tengok sikit macam rupa Converse Wedding Sneakers ni. Mana tahu ada yang berkenan..

Apa yang menarik dengan koleksi ini adalah Converse mengekalkan signature touch mereka yang membuatkan si pemakai nampak style dengan gaun pengantin. Haa, korang boleh bayangkan tak? Korang boleh nampak style dan cantik dalam pada masa yang sama.

Kalau korang perasan, Converse ada letakkan jugak perkataan Bride pada kasut dalam koleksi ini membuatkan ia tambah lagi menarik. Tambah pula dengan line border kasut yang berwarna pink, nampak cute gituu!

Pengantin lelaki pun nak? Jangan risau, koleksi ini pun ada untuk si jejaka. Boleh lah korang matching-matching pakai Converse semasa hari bahagia korang. Apa-apa pun, kalau korang nak tahu lebih lanjut, check out website Converse. Tapi sebelum tu, jom kitaorang belanja korang gambar untuk pengantin lelaki.