Zaman sekarang kalau tak OOTD (outfit of the day) memang tak sah. Bukan time holiday je boleh OOTD, pergi jalan-jalan ke mall pun boleh OOTD. Lagi-lagi yang perempuan tu. Setiap kali ambil gambar bukan satu dua, malah beratus pun ada!

Mestilah semua orang yang OOTD nak gambar mereka cantik dan nampak fotogenik, bukan? Kadang-kadang bila kita tengok influencer-influencer ambil gambar senang je, cantik je, nampak effortless. Tapi bila time kita buat, tiba-tiba nampak pelik, nampak awkward. Pernah tak korang rasa macam tu?

Haa, sebenarnya, ada tips dan triks untuk ambil gambar OOTD biar nampak cantik, on point gituu. Jom ketahui macam mana nak sentiasa nampak on point dalam OOTD.

  • Background

Tak semestinya background kena berlatarbelakangkan lautan biru, atau gunung ganang yang tinggi. Cukup sekadar background yang kosong atau berwarna yang boleh memberi impak highlight kepada pakaian anda. Elakkan mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan background yang bersepah. Nanti outfit dah cantik, background pula tak semenggah.

  • Pencahayaan/Lighting

Lighting ni elemen yang penting juga untuk memastikan ootd korang on point. Walaupun background dah cantik, baju dah style tapi lighting tak ada , ootd korang akan nampak tak cantik. Lighting yang terbaik adalah natural lighting. Cari tempat yang mempunyai pencahayaan yang semula jadi. So tak adalah gambar ootd anda jadi gelap atau terlalu terang!

  • Cuba pelbagai angle

Nak cari angle paling sesuai dengan kita memang susah. Paling ke kiri tak sesuai, ke kanan tak sesuai. Haa, siapa pernah alami situasi ni? Mesti ramai kan? Cara yang paling selamat ialah kita kena cuba pelbagai angle. Sebabtu ada sesetengah orang gambar ootd dia sampai beratus-ratus. Itu semua kerana pelbagai angle yang dicuba.

  • Filter it!

Nak jadikan gambar lagi cantik tambahkanlah filter! Bukan nak suruh untuk tak nampak natural, tapi jika diedit sekadar untuk menaikkan seri gambar apa salahnya kan? Ada macam-macam apps yang anda boleh cuba. Free ada, yang berbayar pun ada. Cuba main dengan filter, pasti gambar ootd anda akan jadi lebih menarik!

Lepasni banyak lah gambar ootd on point anda. Tak ada lagi gambar gelap atau angle tak betul, semua cantik!