Kalau bercerita tentang backpackers, barangan yang nak dibawa kalau boleh lagi sikit, lagi bagus. Ini bermakna dari segi pakaian pun kalau boleh lagi sikit, lagi bagus kan? So bila pakaian dah jadi sikit, macam mana nak cuci? Tak kan lah nak recycle baju tanpa basuh kan, euwww.

Tapi bila dah backpackers ni macam mana nak basuh baju? Jom, kami kongsikan cara bijak basuh baju untuk backpackers!

  • Gunakan clear plastic bag with zip!

Pergi travel ni takkan lah nak bawa baldi pula kan? Dan tak semua tempat penginapan ada baldi. So, cara paling mudah dan tak membebankan bag adalah dengan mengunakkan beg plastik. Bukan beg plastik sebarangan ya, seeloknya bag plastik yang ada zip.

Kenapa kita gunakan bag plastik berzip ini? Sebabnya, dengan menggunakan bag plastik seperti ini, anda jadi lebih mudah untuk merendam pakaian tanpa air melimpah.

Caranya begini:

  1. Masukkan baju
  2. Masukkan sabun
  3. Rendam (masa mengikut kesesuaian anda)
  4. Bilas dan sidai

Dengan cara ini, anda takperlu lah nak bawa baldi, atau beli baldi. Gunakan plastik ni je! Mudah, dan ringan!

  • Jangan lupakan sinki

Sinki dalam bilik air tu jangan dibuat untuk basuh muka dan berus gigi je, gunakan juga sebagai platform untuk anda handwash baju-baju anda. Tak perlu baldi, tak perlu plastik, gunakan saja apa yang ada!

Sinki ni juga boleh dibuat sebagai baldi untuk anda rendam pakaian anda sekiranya sinki tersebut mempunyai alat penutup lubang. Kalau dah handwash tu, jangan lupa sental ya!

  • Dah rendam, dah sental, macam mana nak sidai?

Okay, dah settle semua basuh. Tinggal satu lagi step yang paling penting iaitu cara menyidai. Sebelum anda sidai pakaian anda, pastikan anda perah baju terlebih dahulu. Perah pula pastikan sekuat yang boleh.

Ini kerana ada sesetengah orang menyidai baju di dalam bilik dengan meletakkan kipas supaya cepat kering. Cara ini bukan tak boleh, tapi sekiranya baju terlalu basah dan tempat tersebtu tidak mempunyai pengaliran udara yang baik, ia akan menyebabkan baju menjadi hapak.

Sebaiknya, buka tingkap sekiranya anda ingin menyidai baju di dalam bilik. Atau pun sekiranya anda tinggal di homestay atau guesthouse yang menyediakan ampaian, sidai saja diluar!

  • Dobi!

Kalau dah malas sangat nak buat semua ni, ke dobi lagi senang! Cuma yang ni kena sediakan duit dan masa jela dekat dobi tu.

So lepasni bila pergi travel backpackers tu jangan tak basuh baju ya? Muntah orang yang lalu sebelah nanti!