Kasut bila terkena lecak memang boleh jadi spoiler. Tambah-tambah lagi kalau kasut baru yang kena.. Fuh, boleh buat hilang mood seharian!

Berita baik buat pencinta kasut Vans! Lepas ni anda dah tak perlu risau dah kasuh basah terkena lecak. Sebabnya, jenama kasut terkenal, Vans, baru sahaja mengeluarkan koleksi terbaru mereka yang diberi nama Vans ComfyCush Slip-Skool.

Apa yang menarik mengenai koleksi ini adalah ia mempunyai elemen kalis air yang diperbuat dengan panel getah. So lepas ni tak perlu risau lagi kalau berjalan dalam hujan. Tak basah punya!

Menambah lagi keunikan koleksi ini apabila Vans mereka panel getah dengan bentuk Old Skool. Menjadikan anda akan nampak seakan-akan memakai dua jenis kasut tapi sebenarnya satu je! Syok, kan?

Koleksi ini mempunyai dua pilihan corak iaitu Red/Blue dan juga Checkered. Koleksini ini turut didatangkan dengan tapak ComfyCush untuk keselesaan berpanjangan serta menjadikan kasut ini lebih ringan.

Nak beli? Anda boleh mendapatkan model ini di butik Vans dengan harga RM359. Lepasni no more kasut basah dah!