Sedang anda sibuk menguruskan persiapan untuk melancong ke luar negara, tiba-tiba media sosial gempar dengan kemunculan penyakit terbaru, iaitu Novel Koronavirus. Lantas, anda terfikir,

Boleh ke tidak aku travel ni? Macam mana kalau terjangkit nanti? Kena kuarantin ke? Macam mana trip percutian yang dah book ni? Ish, risau lah!

Anda mempunyai hak sepenuhnya untuk risau. Ini kerana koronovirus kini telah meragut lebih 1,000 nyawa dan lebih 40, 000 orang yang dijangkiti. Negara China adalah negara yang paling terjejas dengan virus ini. Virus ini menjejaskan 29 negara yang lain, termasuklah Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, cara jangkitan novel koronavirus ini belum diketahui dengan jelas, meskipun kes yang dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

So, boleh ke tidak nak pergi travel ni? Jom, kami kongsikan info-info penting buat anda kaki-kaki travel.

  • Anda mungkin tak perlu batalkan trip anda

Sekiranya anda ingin ke luar negara, World Health Organization menasihatkan anda untuk semak dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu. Ini kerana ada beberapa syarikat penerbangan telah menggantung penerbangan ke tempat-tempat yang tertentu.

Bukan itu sahaja, anda harus bersedia dan peka dengan beberapa syarikat penerbangan di negara-negara yang terjejas teruk dengan virus ini turut melakukan saringan kesihatan terhadap individu-individu yang memasuki negara tersebut.

Mana-mana individu yang didapati mempunyai simptom-simptom koronavirus dikuarantin bagi rawatan lanjut.

  • Periksa kesihatan

Sebelum anda menuju ke percutian anda, seeloknya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Ini untuk memastikan anda bebas dari demam, batuk, dan selesema yang boleh memudaratkan diri dan orang lain.

Bukan itu sahaja, jika anda didapati tidak setelah selamat mendarat, anda akan disaring dan akan dikuarantin jika didapati mempunyai simptom-simptom koronavirus.

  • Sentiasa memakai penutup mulut
Image result for korona virus penutup mulut

Ini adalah satu alat pencegahan yang penting bagi mengelakkan diri anda dijangkiti virus berbahaya ini. Lapangan terbang merupakan tempat dimana individu daripada seluruh pelosok dunia berkumpul sebelum ke destinasi-destinasi yang bakal dikujungi.

Oleh itu, pemakaian penutup mulut sepanjang masa anda di lapangan terbang adalah amat disarankan. Memakai mask juga ada caranya. Kebanyakkan kita keliru dengan cara yang betul.

Seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai “face mask” ataupun topeng muka.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Bloomberg di laman Facebook QuickTake by Bloomberg, Wing Hong mendemonstrasikan cara pemakaian tersebut dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

Menurutnya cara yang betul untuk pakai topeng tersebut ialah dengan meletakkan bahagian yang berwarna biru atau berwarna diluar.

  • Bawa hand sanitizer ke mana saja

Ramai menitikberatkan pemakaian penutup muka, tetapi tak ramai yang mengamalkan pemakaian hand sanitizer. Hand sanitizer sangat penting kerana kita menggunakan tangan kita setiap masa, memegang barangan yang kita sangkakan bersih tetapi terdapat beribu kuman.

Bawa hand sanitizer yang bersaiz kecil agar anda senang untuk membawa ia kemana-mana saja.

Kemana saja destinasi anda, sentiasalah bersedia dengan situasi-situasi seperti ini. Sediakan diri anda dengan kelengkapan alat pencegahan daripada virus. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan?