Kadang-kadang cuaca boleh mengelirukan kita. Kalau dekat Malaysia ni sekejap sejuk, sekejap panas berdenting, sekejap berangin, tiba-tiba ribut! Betul tak?

Sebenarnya, macam tula juga cuaca di luar negara. Lagi-lagi apabila dalam situasi peralihan daripada musim sejuk (winter) ke musim bunga (spring). Sekejap sejuk, sekejap panas. Ramai beranggapan musim bunga dah tak sejuk. Walaupun dah masuk musim bunga, waktu peralihan masih lagi sejuk dan kadang kala panas yang tidak terlalu panas.

So, sebelum anda kesejukkan sebab tak ready dengan baju sejuk, jom kita share macam mana nak stylekan pakaian yang sesuai dengan musim bunga dalam percutian anda.

  • Layer, layer, layer!

Okay, first thing first, anda kena research dulu cuaca negara yang anda tuju. Lepas dah tahu suhu macam mana, anda dah boleh tentukan berapa layer yang anda perlu pakai dalam satu pemakaian. Sebenarnya, apa yang penting adalah berapa lapisan baju yang anda pakai. Jika suhunya mencecah negatif, anda perlu memakai sekurang-kurang 3 lapisan. Manakala jika suhunya tidak terlalu sejuk, 2 lapisan sudah memadai.

Anda boleh mulakan dengan jenis pakaian yang ringan seperti blouse, t shirts, long john, atau camisole sebagai lapisan asas sebelum meletak lapisan kedua atau ketiga dengan pakaian seperti cardigan, kot panjang atau pendek, parka, jacket, oversized sweater, dan lain – lain.

  • Pilih jenis pakaian yang ringan

Dalam situasi peralihan musim sejuk ke musim bunga ni, seeloknya anda meletakkan jenis material pakaian yang ringan untuk tidak terlalu panas, dan cukup untuk memberi haba kepada badan anda. Ini kerana kita tidak dapat menjangka suhu akan menjadi sejuk atau panas dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sebagai contoh, anda tidak perlukan jacket-jacket yang terlalu tebal, apa yang anda perlukan cuma coat, atau pun trench coat untuk dijadikan lapisan luar agar tidak terlalu panas dan dapat melindungi diri anda daripada kesejukkan.

  • Bermain dengan warna

Bila sebut pasal musim bunga, apa yang terlintas di fikiran pastinya sinaran matahari yang nyaman, dan kemeriahan warna-warni bunga yang sedang mekar, betul tak?

Begitu jugalah outfit anda. Masa inilah untuk bermain dengan warna! Jangan takut untuk gunakan warna-warna yang terang. Anda hanya perlu seimbangkan penggunaan warna dalam pemakaian, tidak terlalu menonjol dan tidak terlalu tenggelam.

  • Hiaskan dengan aksesori

Musim bunga adalah musim yang paling sesuai untuk anda menggunakan daya kreativiti anda dengan menggayakan aksesori dalam pemakaian harian. Sebagai contoh, hangatkan leher anda dengan selendang yang boleh menjadi wow factor dalam pemakaian anda!

Banyak lagi aksesori-aksesori yang anda boleh gayakan seperti beanie, boots, bandana, handbag dan banyak lagi!

Sebenarnya, apa yang penting sewaktu peralihan musim sejuk ke musim bunga adalah keselesaan anda. Sekiranya anda seseorang yang tidak tahan sejuk, tambahkan lapisan pakaian, dan sebaliknya.

Jangan biarkan ketidakselesaan menggangu percutian anda. Bukan senang nak pergi bercuti di negara orang ni, betul tak? So bila dah dapat peluang, kita harus gunakan dengan sebaiknya!