Tidak dinafikan, isu barangan cetak rompak sehingga kini masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Daripada filem, barangan kosmetik, tudung, elektroniks sehinggalah ke bag tangan, semuanya boleh dicetak rompak. Masalah ini bukan hanya menimpa Malaysia, tapi seluruh dunia!

Kegiatan cetak rompak ini sukar dibendung kerana kurangnya pemahaman orang ramai mengenai bahaya cetak rompak. Tahukah anda tindakan ini bukan hanya merugikan industri tapi juga mendatangkan rugi dan bahaya kepada si pembeli?

Sekarang ni banyak je yang menjual bag-bag berjenama ni tidak kira atas talian atau tidak. Dior ada, LV ada, Coach ada, macam-macam lagi lah. Bayangkan anda ditipu mengenai keaslian sebuah handbag Dior (contoh) dan membayarnya dengan harga yang mahal, tetapi hakikatnya bag itu adalah hasil cetak rompak.. Tak ke rugi?

Jom, kami kongsikan macam mana nak identify bag branded yang anda nak beli tu original ke tidak.

  1. Tag

Mana-mana bag tangan berjenama pasti ada tag unik mereka yang lengkap dengan hologram mereka yang tersendiri. Jenama-jenama ternama seperti Dior, Chanel, Louis Vuitton meletakkan tag label mereka ke level yang lebih tinggi apabila bag mereka diisi dengan sebuah lagi beg kecil yang berisi informasi mengenai detail yang terperinci mengenai bag tersebut.

Apa jadi kalau tak ada label yang betul? Maknanya bukan original. Abort mission!

  1. Bentuk bag

Bentuk bag lah yang paling obvious tapi yang paling susah nak bezakan yang mana satu original, yang mana satu cetak rompak. Nampak sama, tapi bukan dia! So macam mana nak tahu fake ke tak?

Mudah je. Kalau bag daripada jenama hebat-hebat, jahitan dekat bag tu selalunya kemas. Pola jahitan serta tulang rangka bag tersebut dijahit dengan pola double stich lengkap dengan benang dua rangkap dan dijahit sebanyak dua kaki.

Lagi satu, anda juga boleh perhatikan struktur bag. Kalau macam tak kukuh dan lembik, dah bolehlah lupakan hasrat nak beli bag fake tu!

  1. Terlalu murah

Nah, ini masa untuk gunakan common sense. Bila harga yang ditawarkan terlalu murah dengan harga asal, memang sah bag tu hasil cetak rompak. Tak perlu ragu-ragu lagi!

Jangan disebabkan harga murah, terus dibeli. Semak dulu! Sebabnya, jenama-jenama seperti Louis Vuitton, Chanel jarang sekali beri diskaun. Kalau ada pun untuk product yang dah habis season. Jadi, elakkan diri anda jadi mangsa penipuan!

  1. Dustbag

Setiap bag-bag yang mahal ni akan disertakan sekali dustbag bagi menjaga kualiti bag tersebut. Dan selalunya dustbag yang diberi mempunyai saiz yang lebih besar daripada beg itu sendiri. Jadi, sekiranya dustbag dengan bag mempunyai saiz yang sama, maknanya bag itu bukan yang original.

  1. Pelapik dalam

Jadilah pengguna yang bijak dengan memerhatikan pelapik dalam beg tangan. Ini kerana jenama-jenama hebat akan memberikan detail kepada sekecil-kecil detail termasuk pelapik dalam sesebuah beg tangan.

Contohnya, kain pelapik dalam beg tangan Prada atau Gucci biasanya bermotifkan logo dan nama jenama. Dan selalunya corak tersebut akan bertukar akan berubah mengikut musim yang berbeza-beza.

Selalunya, beg tangan yang cetak rompak tidak memberi perhatian kepada ciri-ciri seperti ini. Semak dan belek dulu beg tangan sebelum buat pilihan untuk beli.

Haa, so sekarang dah tahu serba sedikit, bolehlah elakkan diri daripada jadi mangsa penipuan. Bukan apa, penghasilan cetak rompak masih lagi berleluasa kerana wujudnya permintaan. Jadi, dengan itu, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan tolak produk cetak rompak. Anda mampu mengubahnya!