Pada 2013 dunia fesyen pernah digemparkan apabila pengasas BAPE, NIGO mengumumkan berundur dari jenama yang beliau bangunkan pada 1993. Bape tanpa boleh disangkal telah menjadi sinonim dalam fesyen dan budaya streetwear.

Ketika meninggalkan BAPE, selepas hampir 2 dekad berhempas pulas membangunkan jenama itu. Nigo memuat naik gambar di instagram yang membawa seribu maksud atau secara retorik menandakan tamatnya sebuah era.

NIGO meninggalkan BAPE pada tahun yang sama jenama itu meraikan ulang tahun ke 20.

Menurut Wall Street Journal, Nowhere Co (Ibu syarikat BAPE, yang dimiliki oleh NIGO) mengalami cabaran kewangan.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010, kerugian bersih syarikat itu adalah 119 Juta Yen dan pada tahun sebelumnya syarikat itu mengalami kerugian sebanyak 267.4 Juta Yen.

Syarikat tersebut mempunyai liabiliti sebanyak 1.03 Billion Yen pada tahun berkahir 31 Ogos 2010.

Sebagai langkah untuk menyelamatkan BAPE, Nigo bersetuju untuk menjual sebahagian pegangangannya kepada konglomerat dari China iaitu I.T tetapi dengan syarat Nigo kekal sebagai pengarah kreatif untuk BAPE.

Namun, lama kelamaan pengaruh dan arah tuju yang ingin Nigo bawa didalam BAPE kian pudar.



Dalam masa BAPE berkembang pesat, dengan membuka lebih banyak cawangan dan menjual lebih banyak produk, Nigo merasakan BAPE semakin hilang identiti asal.

NIGO Mencari Hala Tuju Baru

Selain bekerjasama dengan menerajui UT T-shirt dibawah Uniqlo.

NIGO mengasaskan jenama baru yang lebih kena dengan jiwa beliau, iaitu Human Made dimana jenama baru ini lebih fokus kepada menghasilkan koleksi berkualiti tinggi yang dipengaruh oleh koleksi vintage dari segi rekaan, bahan mentah dan teknik jahitan.

NIGO berkata, “Ianya bermula kerana saya nak buat apa yang saya tak boleh lakukan di BAPE. Saya nak hasilkan koleksi yang saya sendiri nak pakai!”

Kelainan BAPE dan Human Made menurut NIGO adalah, ianya adalah evolusi daripada beruk kepada manusia (sarkastik betul ya).

Dengan tidak menyangkal bahawa BAPE adalah sebuah jenama yang telah kukuh dan mempunyai identitinya, beliau berkata penting untuk BAPE mengekalkan apa yang BAPE ada sekarang.

Human Made bagi NIGO adalah di mana dia mahu lebih menikmati proses mereka dan menghasilkan pakaian dengan membawa lebih perincian dalam teknik rekaan dan teknik penghasilan.

NIGO amat menggemari budaya dan workwear dari Amerika ini kerana NIGO suka pakaian yang kelihatan ringkas dan workwear yang direka untuk function & practicality.

Sebagai penggemar koleksi vintage, NIGO merasakan proses untuk menghasilkan kembali pakaian menggunakan ‘teknologi yang telah hilang’ yang membuatkan beliau merasa teruja.

Bukan senang tau nak ‘tiru’ fabrik dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian pakaian vintage, sebab mana nak jumpa mesin mesin tu lagi ?!

NIGO menegaskan bahawa dia tidak mahu membawa Human Made sebesar BAPE, dengan mengatakan, Human Made wujud untuk audiens yang lebih kecil dan dia tak letakkan apa apa sasaran untuk Human Made.

Beliau mahu terus berkarya dan memegang pada cara ‘tunggu dan lihat’ kemana Human Made akan pergi

Antara Koleksi Human Made


NEW YORK, NY – SEPTEMBER 23: Pharrell Williams performs onstage during Global Citizen Festival 2017 at Central Park on September 23, 2017 in New York City. (Photo by Michael Kovac/Getty Images)