Handbag atau beg tangan dengan wanita memang tak boleh dipisahkan. Berbeza dengan lelaki yang kebanyakkannya bawa wallet saja. Cuba kira berapa banyak handbag yang ada dalam almari tu? Banyak kan? Tapi pernah tak anda berada dalam situasi dilema, tak tahu handbag yang mana yang sesuai dengan outfit anda? Cuba yang ini tak kena, cuba itu tak kena. Semua serba tak kena!

Haa, untuk pengetahuan semua, penggayaan beg tangan juga bergantung kepada size badan kita tau. Kenapa info ini penting? Sebabnya, penat-penat anda dress up cantik-cantik, tiba-tiba handbag yang tak sesuai pula jadi spoiler. Jom kami kongsikan macam mana nak gayakan handbag yang berlainan bentuk, dengan saiz badan masing-masing.

Kenali bentuk badan

Manusia dilahirkan dengan bermacam-macam bentuk. Ada yang kurus, ada yang berisi, ada yang slim, dan macam-macam lagilah. Bagi golongan wanita pula, bentuk badan ada yang berbentuk buah pear, hourglass, rectangle, apple, inverted triangle dan bermacam lagi.

Penting untuk ketahui bentuk badan kita agar kita tidak tersilap memilih pakaian untuk bergaya. Bukan apa, sekiranya anda memakai pakaian yang tidak sesuai dengan bentuk badan, ia akan kelihatan janggal.

Sumber gambar: brightside.me

Macam mana nak tentukan bentuk badan kita? Perhatikan ciri-ciri ini.

  1. Jika anda mempunyai bidang dada yang besar, anda mempunyai bentuk badan intverted triangle.
  2. Jika bentuk badan anda kecil di atas dan mula besar di bahagian bawah pinggang, anda kategori bentuk badan buah pear.
  3. Jika bahu, pinggang dan pinggul anda bersaiz yang sama, anda mempunyai badan yang berbentuk segi empat (rectangle)

Pakar dalam bahagian fashion menyifatkan sekiranya anda dalam situasi memilih beg tangan, ia seharusnya bertentangan dengan bentuk badan. Untuk gambaran yang lebih jelas, jom kita tengok penjelasan di bawah.

Sekiranya anda mempunyai bentuk badan segitiga terbalik (inverted pyramid), jenis bag tangan yang sesuai ialah beg silang, beg bertali panjang, atau pun clutch. Beg jenis ini akan menampakkan bahagian bidang yang besar itu kelihatan tidak terlalu lebar.

Sumber gambar: brightside.me

Bagi yang badan berbentuk pear pula, tali beg tangan memainkan peranan yang sangat penting. Tali beg tangan anda tidak boleh melebih aras pinggang. Ini kerana tali yang labuh itu akan menampakkan effect besar di bahagian pinggul.

Sebaiknya, individu yang mempunyai bentuk badan ini sesuai dengan beg tangan yang lebih memberi fokus kepada bahagian atas.

Untuk yang mempunyai badan segi empat, beg tangan seperti hobo bag, tote bag, dan oversized satchel handbags adalah sesuai kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih cantik kepada si pemakai.

Material juga memainkan peranan. Seeloknya pilih material yang lembut agar dapat menambahkan lagi seri penggayaan.

Sumber gambar: brightside.me

Haa, sekarang bolehlah anda beli beg tangan yang sesuai. Tak perlu lagi membazir duit beli bag yang tak sesuai dengan bentuk badan. Cantik pun cantik, betul tak?