Sebut saja tentang jeans, pasti ramai tahu menggayakannya. Tapi berapa ramai yang tahu cara menjaga jeans dengan betul? Tanya pada diri anda, adakah anda tahu cara mencuci jeans dengan betul atau sekadar mencampakkan saja ke dalam mesin basuh?

Jeans akan kelihatan lusuh dan mudah koyak jika tidak dijaga dengan betul. Jangka hayat jeans selalunya lama. So, sebelum anda terpaksa membazir duit untuk beli jeans baru, jom ketahui cara menjaga jeans dengan betul!

  • Gunakan garam dan cuka

Penggunaan garam dan cuka dikatakan dapat membantu seluar jeans anda untuk mengekalkan warnanya daripada terus pudar. Caranya mudah saja. Isikan air ke dalam baldi. Isikan satu sudu teh garam dan cuka. Rendamkan seluar jeans anda selama 1 jam. Kemudian, masukkan ke dalam mesin basuh untuk cucian seperti biasa.

  • Suhu air yang sesuai

Membasuh jeans dengan suhu air yang terlalu panas atau terlalu sejuk adalah tidak digalakkan. Ini kerana ia dapat menjadikan proses pembersihan sukar kerana kotoran sukar untuk ditanggalkan. Sebaiknya, pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa.

  • Cuci berasingan

Setiap pakaian mempunyai cara cuci yang berbeza. Terutama sekali jeans. Jadi, anda sebaiknya asingkan jeans dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.

  • Rendam jangan terlalu lama

Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?

Haa, sekarang dah tahu tips-tips menjaga jeans bolehlah aplikasikan dalam kehidupan seharian. Bukan apa, takpayah bazir duit beli jeans berkali-kali kan?