Hujung tahun merupakan masa yang sangat sibuk buat ramai rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, masa ni lah semua berkumpul seisi keluarga untuk pergi cuti. 

Yang single pula inilah masanya untuk jalankan plan bercuti yang dah lama tertangguh dengan kawan-kawan, betul tak?

Tambahan pula musim sejuk di beberapa negara. Ke mana destinasi anda kali ini? 

Kalau tak ada idea, jom kami kongsikan beberapa destinasi menarik untuk anda yang taknak pergi jauh, tapi masih nak merasai musim sejuk!

Sapporo, Japan

Tahukah anda, Sapporo yang merupakan ibu kota Hokkaido adalah salah satu destinasi musim sejuk yang paling sejuk di Jepun?

Bandar itu menawarkan pesta salji popular ‘Sapporo Yuki Matsui’ pada setiap awal Februari.

Setiap tahun, bandar itu sendiri menawarkan pesta salji paling popular di dunia “Sapporo Yuki Matsui” pada awal Februari. 

Buat yang ingin merasai pengalaman snow ski, ini adalah tempat yang terbaik! 

Jeju Island, South Korea

Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman menarik di pulau kegemaran ramai di Korea Selatan iaitu Pulau Jeju. 

Selain keindahan semula jadiny, banyak tempat menarik boleh anda kunjungi terutamanya jika anda peminat fanatik muzik K-Pop!

Muzium K-pop iaitu PLAY KPOP sememangnya tempat wajib untuk kpoppers-kpoppers sekalian datang melawat.

Anda akan dapat memperlajari tentang sejarah dan perkembangan muzik K-pop yang digilai hampir seluruh dunia.

Bukan itu saja, anda akan dapat melihat dengan lebih dekat pakaian atau kostum yang pernah dipakai oleh bintang ternama Korea seperti Big Bang, PSY dan ramai lagi!

Harbin, China

Harbin adalah salah sebuah bandar paling sejuk di China, di mana suhu cuaca boleh mencatat serendah -35 darjah Selsius.

Terletak di bahagian timur laut China, musim sejuk di wilayah Harbin boleh mencecah sehingga -38.1 darjah selsius!

Harbin juga terkenal dengan festival ais terbesar di dunia!

Berlangsung selama sebulan, festival tahunan itu memaparkan pelbagai bentuk ukir ais.

Namun, pada kebiasaannya festival ini akan berlangsung lebih daripada sebulan bergantung kepada sambutan orang tamai dan cuaca.

Kashmir, India

Jika anda merancang ke India, pastikan anda singgah di Kashmir!

Kashmir meliputi Jammu dan Kashmir serta Ladakh ditadbir India. 

Kawasan Utara dan Azad Kashmir dikuasai Pakistan sementara rantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram ditadbir China. 

Namun India mahupun Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan kawasan antara satu sama lain dan saling berebut.

Wilayah ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Bukit Gulmarg adalah tempat yang popular kerana ia mempamerkan pemandangan padang rumput yang sangat cantik dengan berlatarbelakangkan pergunungan yang diluputi salji. 

Ibarat anda sedang berada di Pergunungan Alps, begitulah perasaannya di sana.