Jika anda peka dengan berita-berita terkini di dada-dada akhbar, sudah pastinya anda ketahui tentang virus Influenza A yang sedang menyerang negara kita.

Buat anda yang tidak tahu, Influenza A merupakan selsema yang berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh individu lain melalui bercakap, batuk atau bersin. Walaupun dilihat ringan, virus ini berisiko tinggi dan boleh mengancam nyawa yang dijangkiti sehingga menyebabkan kematian.

Terbaharu, seorang kanak-kanak daripada Johor Bahru, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain menjadi mangsa pertama virus infleuza A ini apabila dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun ke atas adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini.

Pengetahuan tentang simptom-simptom Influenza A ini sangat penting dalam langkah untuk mengatasi virus ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, simptom-simptom penyakit ini adalah demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, dan sakit badan.

Sekiranya anda atau kenalan anda mempunyai simptom ini, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Image may contain: text

Untuk menjadi seorang masyarakat yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan diri daripada pergi ke kawasan yang sesak dengan orang ramai. Pemakaian penutup mulut dan hidung juga amat digalakkan untuk tidak menyebarkan virus.

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan lagi penyakit ini dan mengamalkan langkah-langkah awal pencegahan.