Sebut saja pasal New Zealand pasti ramai sudah terbayangkan permandangan yang sangat indah, udara yang nyaman, sosioekonomi yang stabil, betul tak?

So baru-baru ni, New Zealand mengumumkan negara itu bakal membuka permohonan working holiday visa yang membolehkan rakyat Malaysia memohon visa itu bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia.

So apa yang anda boleh buat dengan visa ini?

Okay, buat yang tak tahu, visa ini membolehkan anda untuk bekerja atau belajar sepanjang percutian anda di New Zealand. Tapi, macam biasalah, mesti ada syaratnya!

Pertamanya, sekira anda ingin memohon visa travel sambil bekerja ini, anda perlu bekerja selama enam bulan atau lebih. Bukan itu saja, anda juga perlu mempunyai saving minima sebanyak NZ$2, 250 (RM6,100) untuk membayar tempat tinggal dan keperluan-keperluan yang lain.

Negara tersebut turut menyediakan beberapa kriteria yang perlu anda patuhi sebelum memohon visa ini. Anda perlu berumur diantara 18 – 30 tahun. Kurang atau lebih daripada syarat umur yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan.

Anda juga tidak boleh membawa isteri atau anak (jika ada). Namun, sekiranya anda mahu membawa isteri, isteri anda juga perlu memohon visa travel sambil bekerja yang berasingan.

Walaupun visa ini membolehkan anda bekerja, anda tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana. Anda perlu membayar sebanyak NZ$208 (RM860) secara atas talian menggunakan kad kredit atau kad debit jika anda berhajat ingin memohon.

Hanya 1150 visa yang dikeluarkan untuk rakyat Malaysia. Maknanya anda perlu peka dengan tarikh dan waktu yang dibuka untuk memohon. First come first serve lah orang putih kata.

Semak laman web New Zealand Immigration ini untuk ketahui maklumat lebih lanjut.