Bekerja di bidang perubatan sememangnya mencabar. Boleh dikatakan hospital ibarat rumah kedua mereka lah.

Mana tak nya, hampir separuh hari masa dihabiskan di hospital daripada di rumah demi membantu orang-orang yang berada dalam kesakitan.

Kita ambil contoh pekerjaan doktor. Mereka sekurang-kurangnya akan menghabiskan masa mereka berjalan dari 4 ke 5 meter sepanjang 12 jam bekerja! Satu pekerjaan yang mulia, bukan?

Mengetahui dan menghargai kerja keras para pengamal perubatan, baru-baru ini jenama ternama, Nike, baru saja melancarkan koleksi kasut yang terbaharu khas untuk mereka.

Dinamakan Nike Air Zoom Pulse, kasut ini direka khusus memberi keselesaan kepada si pemakai dalam apa saja situasi, lebih-lebih situasi kecemasan.

Idea ini tercetus apabila Nike membuat kaji selidik bersama pakar di OHSU Doernbecher Children’s Hospital di Portland, Oregan untuk mengenalpasti keperluan para pengamal media.

Kasut ini direka dengan ciri-ciri tapak kasut yang selesa untuk penggunaan yang optimum dan selamat digunakan dalam apa jua keadaan.

Model ini didatangi dengan pelbagai pattern. Anda boleh check it out dekat nike.com

Anda bukan pengamal perubatan tapi nak beli juga? Eh mesti lah boleh!