Pemakaian blazer hanya pada waktu 9 pagi hingga 5 petang kini sudah tidak relevan lagi. Zaman sekarang, memakai blazer untuk ke majlis keramaian, atau sekadar jalan-jalan bukan lagi sesuatu yang luar biasa.

Jangan terkejut kalau fashion yang dah berlalu kembali menjadi trend. Sama seperti trend fashion ‘oversized blazer’ yang sudah wujud pada zaman 90an. Mungkin ramai yang menyangkakan fesyen oversized blazer merupakan satu fesyen yang sangat oldschool. Namun, ia kini sudah kembali menjadi sebuah fenomena!

Jika blazer sering dikaitkan dengan pemakaian formal, sekarang ramai memilih untuk mengenakan oversized blazer sebagai outfit streetwear mereka!

Ramai selebriti dan social media influencer mengenakan oversized blazer sebagai outfit harian mereka. Oversized blazer sangat sesuai untuk individu yang menggemari sentuhan moden tanpa perlu berlebih-lebih. Tapi kita faham, nak menggayakan oversized blazer ni boleh jadi tricky!

Jom ketahui beberapa cara menarik untuk anda gayakan oversized blazer!

Gaya simple

Bagi sesetengah orang, ciri yang paling penting dalam pemakaian adalah keselesaan. Lagi-lagi dalam cuaca Malaysia yang kadang sejuk dek kerana musim hujan dan kadang panas berdenting!

Dengan hanya mengenakan tshirt sebagai inner, oversized blazer sebagai outer dan seluar jeans sudah cukup untuk anda tampak bergaya tanpa perlu berusaha lebih!

Outfit seperti ini sudah cukup untuk anda ke tempat kerja, atau pun bersosial dengan rakan-rakan.

Tambahkan aksesori

Jika anda seseorang yang ekstra dan sukakan aksesori, gayakan oversized blazer anda dengan tali pinggang! Sentuhan tali pinggang sudah cukup untuk buat anda kelihatan seperti seorang model.

Tambahan tali pinggang ini juga akan memberikan satu nafas baru kepada pemakaian blazer. Bahasa mudahnya anda akan nampak lebih fashionable!

Size tali pinggang? Ikutlah kesesuaian anda. Ada yang suka besar, ada yang suka kecil, yang penting selesa dan cantik mata memandang!

Gunakan warna kontra

Bosan dengan warna yang dull? Gunakan oversized blazer yang mempunyai warna bold! Dengan ini, anda akan kelihatan lebih fresh!

Gunakanlah kreativiti anda dan bermainlah dengan warna! Gunakan warna untuk padankan dengan warna seluar anda atau warna yang bertentangan untuk lebih ekstra.

Sesetengah orang tak berani untuk memakai pakaian yang berwarna bold. Tapi, apa yang penting sebenarnya keyakinan. Pakailah apa pun, jika anda yakin, anda pasti akan nampak menarik!

Padankan dengan skirt

Serlahkan gaya feminin anda dengan memadankan skirt dan oversized blazer untuk gaya klasik!

Warna? Zaman sekarang tak perlu sangat nak ikut code warna. Anda boleh mengenakan warna yang seakan sama atau sama sekali bertentangan. Tambahkan aksesori seperti handbag dan kasut tinggi.

Sebenarnya, pemikiran yang kreatif perlu ada untuk anda gayakan oversized blazer. Anda perlu berani dan yakin untuk tampak fashionable!