Saban tahun baju Melayu kebanggaan kita terus dimodenkan. 

Pelbagai elemen disentuh untuk beri impak kelainan.

Tak salah nak beri nafas baru, tapi kena tahu juga asal usul dan makna di sebalik baju Melayu. 

Sejauh mana pengetahuan peminat baju melayu tentang sejarah baju Melayu kebanggaan kita?

Nah, berikut merupakan beberapa fakta tentang pakaian rasmi kita yang mungkin ramai tak pernah tahu.

Baju Melayu dipanggil baju kurung

Tahukah anda baju Melayu pada asalnya dipanggil baju kurung?

Menurut beberapa sumber,  baju Melayu mula diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah iaitu Sultan ketiga yang memerintah Melaka pada tahun 1424

Pada waktu itu, pakaian lelaki dan perempuan digelar baju kurung. 

Jangan terkejut, menurut Prof. Madya Dr. Haziyah Hussin iaitu Felo Penyelidik Kanan, Institute Alam dan Tamadun Melayu menyatakan rekaan baju kurung adalah agak singkat dan ketat untuk lelaki dan perempuan. 

Bajunya berlengan tiga suku, malah ada juga yang tak berlengan. Seluar pula pendek paras betis sahaja. 

Namun, selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, seorang pembesar bernama Tun Hassan berhasrat untuk memanjang dan membesarkan pesak baju Melayu dan akhirnya kekal sehingga ke hari ini. 

Bermula dengan pakaian diraja, kini menjadi pakaian harian bagi kebanyakkan orang. 

Walaubagaimana pun, baju kurung untuk wanita kekal sebagai baju kurung.

Teluk Belanga dan Cekak Musang dimodenkan oleh Sultan Johor

Sultan Abu Bakar mengambil kesempatan untuk meletakkan sedikit twist dalam rekaan tradisional baju Melayu yang diberi nama teluk belanga.

Baju tersebut dinamakan sempena ibu negeri Johor yang pada waktu itu terletak di Teluk Belanga. 

Namun, Teluk Belangan kini di bawah kawasan Singapura. 

Baginda memperkenalkan baju Melayu Teluk Belanga dengan jahitan kemas di kolar bulat berserta satu butang.

Baju melayu cekak musang pula diperkenalkan oleh Sultan Ibrahim ibn Sultan Abu Bakar yang menggayakan baju melayu dengan potongan kolar leher menegak dengan lima butir butang.

Simbolik agama Islam

Tahu tak setiap bahagian rekaan baju Melayu mempunyai maksud yang tersirat?

Menurut sejarawan Azah Aziz, 5 butir butang yang ada pada cekak musang melambangkan 5 rukun islam yang menjadi tuntutan bagi setiap umat. 

6 pesak di bahagian kiri dan kanan baju pula mewakili 6 rukun Iman yang menjadi panduan umat Islam.

Makna pemakaian

Tak lengkap lah baju melayu kalau tak pakai samping, betul tak?

Tapi tahu tak cara pemakaian samping memberi maksud yang berlainan?

Siapa yang pakai samping kat bawah lutut tu maknanya korang dah berkahwin.

Kalau atas lutut tandanya masih bujang.

Tapi kalau korang dah kahwin tapi masik pakai samping atas lutut, tu maknanya korang nak tambah isteri!

Ha, jangan silap pakai pula. Silap-silap kena leter nanti!