Pengalaman di lapangan terbang boleh jadi seronok. Tapi dalam pada masa yang sama, ia boleh menjadi satu pengalaman yang sangat mengerikan!

Lapangan terbang sering menjadi titik transit bagi kes jenayah berat seperti pengedaran dadah, duit, terrorism dan macam-macam lagi. 

 Google saja kes-kes terdahulu yang membabitkan dadah, ada yang sampai ke tali gantung. 

Bukan sekali atau dua, malah dah banyak kes yang melibatkan rakyat Malaysia sendiri.

 Nampak remeh, bukan?  Tapi tersilap langkah, ke penjaralah anda.

Sebelum berlepas, pastikan anda ketahui perkara-perkara yang perlu dielak untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa jenayah yang seterusnya.

Jangan terima bungkusan daripada sesiapa

Tak kisahlah bungkusan berbentuk kotak ke, beg ke atau apa sekali pun. Jangan ringankan tangan untuk menerima daripada sesiapa.

Lagi-lagi daripada orang yang kita baru kenal di lapangan terbang. 

Buatnya dalam bungkusan tu barangan-barangan terlarang, tak ke naya hidup anda nanti?

Jangan lupa tutup/balut luggage

Penjenayah akan merebut mana-mana peluang yang ada untuk menyelitkan barang-barang terlarang ke dalam bag anda. 

Sebab itulah ia sangat penting untuk anda sentiasa menutup bag dan membalut bag luggage anda.

Bukan saja kena tutup, tapi kena peka juga dengan keadaan semasa.

Perhatikan orang sekeliling, jangan terlalu rapat. 

 Jangan tumpangkan barang orang

Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. 

Dalam kes ni, jangan terlalu baik untuk menolong orang sekiranya bag mereka melebihi had.

Anda takkan tahu barang apa yang anda tumpangkan ke dalam bag anda. 

Memang betul tak baik berburuk sangka, tapi kita tidak boleh terlalu yakin. 

Bawa bag anda kemana saja

Nak pergi toilet? Bawa beg!

Nak pergi beli makanan sikit? Bawa beg!

Nak pergi kaunter pertanyaan? Bawa beg!

Ini sangat penting! Jangan tinggalkan beg anda tanpa sebarang pengawasan.

Penjenayah memang menunggu saja mangsanya yang leka.

Jangan pegang barang orang lain

Bila ada orang suruh anda pegangkan barangan mereka dengan alasan mereka hendak ke toilet, tolong abaikan. 

Bahayanya bila orang tersebut tidak muncul-muncul untuk mengambil barang mereka yang anda pegang.

Sekiranya situasi ini berlaku pada anda, suruh saja orang itu hantar barang tersebut kepada polis berhampiran.