Jaket denim merupakan satu outfit wajib bagi lelaki yang menggemari gaya kasual.

Senang cerita memang kena ada atleast satu lah jaket denim dalam almari korang tu. 

Jaket denim ni umpama pelengkap lagi-lagi bila korang dalam mood malas yang memerlukan korang untuk sarung tshirt dan jaket denim sahaja.

Tapi, tahukah anda bahawa ada banyak lagi style lain yang korang boleh padankan dengan jaket denim?

Tak tahu? Ha, meh nak bagitahu sikit!

Gaya formal

Korang tahu tak sebenarnya korang boleh gayakan jaket denim dan masih kelihatan formal?

Ha, macam ni lah caranya!

Korang hanya memerlukan tie, seluar slack, dan jaket denim. Siap untuk ke pejabat dengan bergaya!

Nota kaki: Tapi kalau korang punya pejabat dah tetapkan cara pemakaian formal, follow lah pejabat punya ok! Sis tak bertanggungjawab kalau korang kena tegur lepas pakai gaya denim ni!

Jaket denim + seluar denim

Siapa kata takboleh padankan denim dengan denim? Bak kata Gen Y, denim on denim!

Contohnya macam gambar dekat bawah ni:

Tapi untuk tampak lebih menarik, korang boleh gayakan warna denim yang berbeza.

Jaket denim dan sweater

Tak pastilah gaya ini sesuai dipraktikkan dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab.

Tapi jangan risau, untuk korang yang nak bergaya ke mall ke, event ke, office sekali pun boleh try gaya ni.

Gaya ketiga ni korang boleh padankan jaket denim dengan sweater. 

Pilihlah warna yang berbeza untuk jaket dan sweater untuk effect kontra. 

Boleh je kalau korang nak pakai juga di bawah terik matahari, tapi lepastu mandi peluh lah jadinya!

Jaket denim dan tshirt putih

Yang ini memang klasik lah. Kalau betul-betul tak ada idea nak pakai jaket denim macam mana, korang sarung je tshirt putih dengan jaket denim. 

Memang takboleh go wrong dengan style ni!

denim-sweater

Namun, pastikan tshirt korang tak terlalu ketak, atau terlalu longgar. Yang sedang-sedang saja.

Gaya ini boleh digayakan dengan seluar hitam dan sneakers untuk nampak lebih cool.