Mesti stress kan bila baju warna putih dah berubah kusam?

Yelah, bila dah nama baju putih mestilah kena berwarna putih. 

Tapi pernah tak korang mengalami masalah dah rendam dengan Clorox tapi still tak putih juga?

Jangan risau! Ikut tips ni, mesti baju puith dah tak nampak kusam dah!

Asingkan baju

Elakkan campur dengan baju yang lain. 

Bila korang campurkan dengan baju yang lain, ia dikhuatiri dapat mempengaruhi pakaian berwarna putih. 

Akibatnya, baju akan nampak kusam.

Asingkan ikut material

Chop! Bukan kena asingkan warna sahaja, tapi korang digalakkan asingkan ikut material juga. 

Okay, ni material-material yang korang kena teliti. 

  • Acetates boleh digabung bersama acrylics
  • Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
  • Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
  • Delicate perlu dicuci tangan

Macam mana nak tahu pakaian korang material apa? Check label!

Periksa suhu air

Suhu air pun mainkan peranan yang penting tau. 

Kalau korang perhatikan pada label pakaian, ia ada nyatakan sama ada pakaian tersebut memerlukan suhu air yang panas.

Ini kerana sesetengah pakaian memerlukan air panas untuk mengekalkan kualiti dan sebaliknya. 

Guna cuka atau jus lemon

Kalau taknak guna agen pemutih, korang boleh gantikkan dengan bahan-bahan organik seperti jus lemon atau cuka. 

Bahan-bahan ini akan membantu pakaian untuk menjadi putih kembali.

 

Caranya:Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian.