Kalau anda pergi ke laman sosial, dan nampak banyak gambar-gambar orang tua, jangan terkejut!

Itu semua angkara trend terbaharu yang diikuti netizen iaitu memaparkan wajah tua mereka menggunakan aplikasi FaceApp. 

Bukan hanya di Malaysia ya, malah di seluruh dunia!

Buat mereka yang tidak tahu apa itu FaceApp, ia merupakan satu aplikasi yang dapat mengubah wajah menggunakan beberapa efek.

Dan yang paling menjadi perhatian ramai adalah efek yang mengubah wajah kelihatan tua. 

Kalau anda teringin nak tahu macam mana rupa anda ketika tua, boleh cubalah aplikasi ini. 

Aplikasi ini trending menyeluruh ke seluruh pelosok dunia sehingga ramai selebriti tanah air dan juga luar negara memuatnaik gambar mereka ke laman sosial.

Namun, tahukah anda apa sisi gelap aplikasi ini?

Mungkin kebanyakkan orang melihat aplikasi ini sekadar hiburan, namun aplikasi ini mungkin dapat membahayakan hidup anda pada masa depan.

Kenapa ia berbahaya?

FaceApp mempunyai kebenaran untuk akses galeri anda, malah gambar anda akan dimuat naik ke cloud.

Jika dimuat naik ke cloud, ramai penggodam akan dapat akses cloud itu dengan mudah, lalu boleh menggunakan maklumat itu untuk kepentingan diri mereka. 

Malah, maklumat peribadi anda juga mungkin boleh dijual kepada pihak ketiga dan jika perkara tersebut berlaku, jangan terkejut jika wajah anda digunakan untuk promosikan produk-produk di pasaran dan sebagainya.

Tindakan anda sebenarnya memberi maklumat peribadi secara percuma kepada sesiapa yang mahukannya walaupun developer aplikasi ini menafikan menjual data penggunanya kepada pihak ketiga, tetapi tidak salah jika kita berhati-hati. 

Mungkin selepas ini, anda boleh lebih berwaspada dalam mengikuti apa-apa trend yang hits agar tidak menjadi mangsa penggodam ataupun pihak tidak bertanggungjawab.