Tak kisah lah kemana sekali pun, penampilan merupakan satu elemen penting yang perlu dijaga oleh majoriti wanita!

Dari hujung rambut sehingga lah hujung kaki, semua benda mesti kena on point lah bak kata millenials sekarang. 

Masalahnya sekarang, berapa di antara kita yang tahu cara pemakaian yang betul? 

Salah pilih pemakaian, 

Okay kali ini, kita nak share cara pemakaian yang betul khas untuk wanita bersusuk tubuh yang rendah.

Siapa yang mempunyai ketinggian 155cm ke bawah? 

Ha, baca tips ini untuk nampak tinggi!

Hadkan warna dalam pakaian

Kenapa dinasihatkan untuk hadkan pemilihan warna dalam pakaian? 

Berpakaian satu atau dua warna dari hujung rambut sehingga hujung kaki dapat mewujudkan ilusi tinggi.

Tapi bukan tinggi je, kurus pun boleh nampak tau kalau kita hadkan warna dalam pemakaian kita!

Plus, kalau terlalu banyak warna akan menjadi serabut kepada yang memandang.

Pilih corak menegak

Tahukah anda corak memainkan peranan yang penting kalau nak nampak tinggi?

Tak percaya tengok gambar dekat bawah ni:

Selain menampakkan susuk tubuh yang kurus, corak sebegini akan menghasilkan ilustrasi tinggi kepada sesiapa yang memandang.

Tapi, buat korang yang kurus sangat, boleh lah try pakai pakaian yang bercorak lebar.

Cuma kalau nak effect tinggi tu lebih lagi, corak menegak ni memang sesuailah. 

So lepasni dah boleh jalan macam model lah!

Kasut tumit tinggi!

Yang ini memang tak boleh lari kalau anda nak nampak tinggi. Cliché lah orang kata. 

Padankan pula dengan seluar atau jenis baju yang bercorak menegak, ha tak ada siapa lagi yang boleh ejek anda pendek!

Pemilihan kasut pula pastikan tidak terlalu sarat dengan tali yang diikat di betis.

Jenis seluar

Jenis seluar pun penting tau untuk golongan petite comel ni.

Pemakaian seluar jenis palazo dan high waisted akan membantu kaki anda kelihatan lebih panjang. 

Ia akan memberi effect yang lebih lagi sekiranya anda tuck in baju anda.

Tapi macam mana pula kalau nak pakai jeans? Tak kan perempuan petite tak boleh pakai jeans kan?

Eh, siapa cakap tak boleh. Boleh jee cuma kena tahu jeans jenis apa.

Seluar jeans jenis kecil di bawah juga sesuai untuk anda yang bertubuh kecil ini,

Pemakaian seluar jenis ini dapat memberikan ilusi tinggi kepada si pemakai, namun pastikan seluar tersebut tidak terlalu ketat dan bersesuaian. 

Tali pinggang kecil

Buat peminat tali pinggang, pastikan korang pakai tali pinggang bersaiz kecil.

Tak salah nak pakai tali pinggang yang besar, cumanya aksesori itu akan kelihatan menonjol dan menenggelamkan gaya korang yang lain.

Pemilihan warna pula pastikan sebati dengan warna pakaian lain. 

Last but not least..

Nak nampak tinggi? Jangan duduk sebelah orang tinggi!

Okay ni gurau je tapi cuba korang tengok gambar ni

Ha, dah tahu tips-tips ni pastikan anda cuba tau! Lepas ni confirm dah boleh jalan dengan yakin persis model!