Berbadan gempal bukan penghalang untuk seseorang bergaya. 

Di mana ada kemahuan, pasti ada jalannya!

Tapi, untuk tampil lebih menarik, ada caranya. 

Ketahui elemen-elemen yang perlu korang elakkan. 

Baju yang terlalu besar

Ini selalu menjadi kesilapan ramai. 

Majoriti berpendapat lelaki yang berbadan besar harus memakai baju yang besar untuk menyembunyikan badan yang besar. 

Sebenarnya, boleh pakai baju yang besar, tapi jangan terlalu besar sehingga menampakkan tubuh badan yang lebih besar*

Lelaki yang bersaiz gempal ini boleh try pakai baju yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. 

Pakai yang sedang-sedang je!

Pemilihan warna yang terang

Kebanyakkan orang berpendapat individu yang bersaiz gempal ini perlu memakai warna hitam saja. 

Eh, salah tu!  Takkan satu warna je, kan?

Memang betul baju hitam boleh menampakkan ilusi kurus, tapi boleh je korang padankan dengan warna yang lain. 

Pantang dia kat sini adalah korang tidak digalakkan untuk memakai baju yang terlalu terang, terutama pada area perut tu. 

Lagi satu, korang pun tidak digalakkan untuk memakai baju yang lebih daripada 3 warna tau!

Pakaian bercorak besar!

Kalau korang pakai pakaian yang mempunyai corak yang besar, ia akan menampakkan ilusi yang besar.

Ini kerana pandangan orang akan bertumpu kepada corak yang besar, sekaligus menampakkan ilusi yang besar.

Jadi, pilih pakaian yang mempunyai corak kecil. 

Contoh, kalau korang suka pakai baju bercorak kotak-kotak, pastikan kotak-kotak tersebut bersaiz kecil. 

Korang pun digalakkan untuk memilih corak yang memanjang atau menegak kerana ia akan memberi lebih ilusi kurus. 

Pakaian jenis lekat pada badan adalah dilarang sama sekali!

Yang ni penting tau, kain yang jenis melekat ini 100% akan menampakkan bentuk tubuh badan. 

Bayangkan benjolan-benjolan yang korang cuba nak sorokkan tu, terhighlight pula sebab pakai baju yang melekat ke badan.

Perghh, mimpi ngeri tu!

Sebenarnya, benda paling utama ialah keyakinan dalam diri untuk bergaya. 

Selepas dah ada keyakinan, baru korang boleh selitkan tips-tips ni dalam cara korang berpakaian.

Jangan lupa try tau!