Kata orang-orang tua, jika isteri lebih tinggi daripada suami, rezeki akan menjadi lebih murah. Betul ke? 

Ha, tak kisah lah sahih ke tidak, lelaki kekurangan ketinggian atau lebih comel dipanggil pendek ini sebenarnya boleh je bergaya. Kena tahu cara dan triknya saja, anda dah boleh kelihatan tinggi dan bergaya! 

Lihat saja gaya-gaya selebriti terkemuka yang tak beberapa tinggi seperti Hael Husaini dan ramai lagi. Mereka nampak tinggi, bukan? Tak ada rahsia pun sebenarnya.

Ianya hanyalah trik dan cara pemakaian yang betul. Jom, kami kongsikan trik bergaya khas untuk lelaki yang bersaiz kecil untuk nampak lebih tinggi!

Gunakan warna monokrom

Untuk tampak lebih tinggi, kalian digalakkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. 

Maksud monokrom di sini ialah, anda perlu memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya, jika anda memakai baju putih, pastikan warna seluar lebih menonjol seperti warna hitam atau biru. 

Elak seluar besar

Nak pakai seluar jenis baggy atau low waist? Ha, tolong batalkan niat anda ya. Pemakaian seluar jenis ini memang akan membuat anda nampak lebih rendah kerana ia akan memendekkan garis kaki.

Ukur labuh baju

Selain seluar yang besar, anda juga perlu mengelakkan diri daripada memakai baju yang bersaiz besar. Macam seluar baggy juga, baju yang bersaiz besar akan memakan kepanjangan kaki anda dan akan membuatkan kaki anda nampak lebih tinggi!

Sebaiknya, pilih baju yang tidak melebihi paras tulang pinggul. Dengan cara ini, anda akan kelihatan lebih tinggi atau sekurang-kurangnya tak nampak pendeklah…

Elak lengan terlalu pendek

Faham, sesetengah lelaki dengan lengan tangan yang berotot memang tak boleh dipisahkan! 

Tapi jangan terlalu obses untuk menayang lengan berotot anda dengan memakai baju yang berlengan terlalu pendek. Ianya akan membuatkan anda nampak lebih pendek. Ha, apa kena mengena pula lengan dengan seluruh badan kan?

Sebenarnya, jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan itu sama, dan itu yang kita tidak mahu!

Elakkan aksesori yang berlebihan

Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. 

Penggunaan aksesori yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.

Pakai blazer

Memakai blazer atau suit akan memberi dua kelebihan kepada lelaki. Pertama ia akan ‘menaikkan’ bahagian bahu sekali gus memberi kesan terbaik kepada ketinggian seseorang. 

Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi. 

Biar fit

Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempah dengan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. 

Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempah dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar benar fit dengan badan.