Bila dah hampir ke penghujung tahun ni, ramailah orang Malaysia teruja nak pergi bercuti ke negara-negara beriklim sejuk.

Lagi-lagi waktu cuti sekolah, memang ngam lah timing tu.

Masing-masing mula sibuk menyiapkan persiapan sebelum bertolak ke destinasi percutian masing-masing. 

Sementara ramai yang stress memikirkan barang apa yang perlu dibawa, ramai juga yang tidak tahu tentang sakit ‘frostbite’ yang sering berlaku ketika musim sejuk. 

Untuk mengelakkan percutian anda menjadi satu kenangan pahit, jom ketahui info mengenai frostbite.

Apa itu frostbite?

Frostbite merupakan radang dingin yang menyebabkan anggota badan yang terdedah dengan suhu yang terlalu sejuk menjadi beku dan hilang rasa. 

Bahaya frostbite ini, ia akan mengakibatkan kulit dan tisu menjadi rosak dan saluran darah menjadi tidak lancar akibat terlalu sempit. 

Bahagian yang sering menjadi target serangan frostbite ini adalah jari tangan, jari kaki, telapak tangan dan muka. 

Pakai sarung tangan yang terkena air juga boleh menyebabkan frostbite

Siapa yang akan terdedah dengan ancaman frostbite ini?

Selalunya, frostbite terjadi pada mereka yang sering menghabiskan masa terlalu lama di luar ketika musim sejuk.  

Frostbite terjadi daripada satu peringkat pertama yang dinamakan frostnip di mana bahagian yang terdedah akan berasa sangat sejuk dan sakit!

Kulit yang terkena frostnip akan menjadi warna putih.

Manakala, di peringkat kedua pula dipanggil blister.

Pada peringkat blister, bahagian yang terkena frostbite akan berubah warna menjadi merah, menggelembung serta sakit.

Nah, kita dah sampai di peringkat ketiga iaitu peringkat paling berbahaya!

Pada peringkat ini, kulit akan bertukar menjadi biru atau kehitaman di mana rawatan diperlukan dengan segera!

Semestinya akan menjadi mimpi ngeri kepada sesiapa saja yang terkena frostbite ni, betul tak?

So, sebelum terkena, pastikan anda tahu cara untuk mengelakkan frostbite ini

Hadkan masa di luar

Beri perhatian kepada ramalan cuaca dan bacaan angin. Sekiranya cuaca sejuk dan berangin, kulit yang terdedah boleh terkena frostbite dalam hanya beberapa minit.

Berpakaian berlapis-lapis

Pakaian yang berlapis-lapis dapat mengekalkan kepanasan yang perlu ada semasa anda menempuh musim sejuk. 

Namun, sekiranya pakaian anda basah, anda sangat digalakkan untuk menukar pakaian tersebut secepat yang mungkin untuk mengelakkan frostbite!

Pakai beanie atau penutup kepala

Kepala jangan dilupakan!  Pilih penutup kepala yang dapat melindungi sehingga ke bahagian telinga. 

Pemilihan material juga penting.

Perhatikan tanda awal frostbites

Tanda awal anda terkena frostbites termasuklah kulit bertukar menjadi merah, pucat dan kebas. 

Segera dapatkan perlindungan awal jika anda melihat tanda-tanda awal ini.

Sentiasa bergerak

Banyakkan pergerakkan anggota badan kerana ia dapat melancarkan pergerakan darah dan dapat mengekal kepanasan dalam badan. 

Ha, sekarang dah tahu boleh lah pergi bercuti dengan tenang!