Orang Malaysia bila sebut pasal bercuti pada hujung tahun, tak lain dan tak bukan mesti rata-rata mesti memilih negara yang mempunyai musim sejuk, betul tak?

Iyalah, masa inilah nak merasai cuaca di negara orang. Mesti panjang berjela list tempat-tempat yang menarik untuk anda lawati!

Tapi masih buntu tak tahu nak pergi mana? Jangan risau, jom ketahui tempat-tempat menarik yang harus anda kunjungi untuk merasai suasana magikal ketika musim sejuk!!

Lake Tahoe, California

Megunjungi Lake Tahoe ketika diliputi salji adalah satu pengalaman yang menakjubkan yang boleh anda alami.

Pemandangannya saja dapat memukau hati sesiapa sahaja yang pergi.

Tapi ia tidak berhenti dengan pemandangan yang indah sahaja,  tempat ini juga menawarkan aktiviti sejuk yang menarik termasuklah luncur papan salji dan bermacam lagi. 

Anda bukan seorang yang menyukai aktiviti lasak? Jangan risau!

Anda boleh menikmati penginapan di beberapa resort yang menakjubkan dan meraikan beberapa acara tahunan, seperti perayaan percutian Magical Memories di Squaw Creek Resort. 

Switzerland

Siapa yang sukakan sightseeing , Switzerland memang destinasi yang terbaik! Puncak gunung Alps yang melambung tinggi, tasik-tasik biru yang berkilauan, lembah zamrud, glasier, dan dusun-dusun tepi tasik yang indah menyerupai negara yang terkandas ini dengan kecantikan dongeng. Memang syurgalah buat penggemar pemandangan yang indah.

Switzerland dirantai di antara lembah dan tasik gunung terletak di pusat peranginan antarabangsa bertaraf dunia dengan mendaki, berbasikal, memanjat, menunggang kuda, bermain ski, dan toboggan di pintu depan mereka. Pelancong datang ke sini untuk pemandangan rahang-menjatuhkan tetapi terpesona oleh banyak tarikan kebudayaan. 

Dengan sejarah, bandar-bandar seperti Zurich, Geneva, dan Lausanne menawarkan muzium dan galeri yang sangat baik, bangunan bersejarah, dan festival muzik yang terkenal. Ibukota adalah Bern dengan bandar lama abad pertengahan yang memeluk penjahat sungai. Jerman, Itali, Austria, dan Perancis sempadan Switzerland, dan bahasa dan kastam mereka menanam negara ini dengan kecanggihan multikultural.

Oymyakon, Rusia

Ha, buat yang berani dan ingin merasai musim sejuk yang sangat sejuk, boleh pergi sini. Perkampungan Oymyakon yang terletak di Rusia ini merupakan perkampungan paling sejuk di dunia. Suhu di sini boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius dan pernah mencatat rekod serendah -71.2 darjah celcius pada tahun 1924!

Oymyakon yang sebenarnya bermaksud ‘air yang tidak membeku’ yang diambil semperna kewujudan mata air panas yang ditemui di kawasan tersebut, suatu ketika dahulu.

Waktu siang di sini hanyalah 3 jam sahaja. Kalau anda memang menggemar aktiviti lasak dan mencabar, memang sesuailah untuk anda ke Oymyakon!

Iceland

Mungkin ramai yang mahu ke Iceland selepas menonton filem yang memecah panggung, Dilwale, yang betul-betul memaparkan keindahan dan keunikan negara itu. 

Fenomena aurora atau lampu kutub utara, atau lampu selatan, iaitu paparan cahaya semula jadi di langit sekitar Artik dan Antartik, antara pemandangan indah digemari pelancong! 

Aurora dihasilkan apabila magnetosfera cukup terganggu oleh angin solar dalam bentuk elektron dan proton, ketika suhu mencecah 3-5 darjah celcius.

Sekiranya anda kagum melihat gambar orang melancong di Iceland, anda perlu merasai pengalaman itu sendiri. Ternyata perasaan berbeza selepas melihat pemandangan indah dan nyaman dengan mata sendiri!