Musik sejuk bakal menjelma tak lama lagi!

Ke mana lokasi percutian anda kali ini? 

Ada yang nak bermain ski di Swiss, Jepun. Ada yang nak ke Norway bagi menyaksikan fenomena Aurora. 

Tidak kira kemana percutian anda kali ini, pastikan ianya bermakna.

Cuti-cuti juga, kesihatan semasa bercuti juga penting tau!

Pada musim sejuk, bakal berlaku beberapa perubahan pada tubuh badan kita.

Ini kerana, badan cuba untuk menyesuaikan dengan suhu yang sejuk.

Yelah, dah biasa dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun, badan kena betul-betul bersedia! 

Ikuti tips ini untuk kekal sihat sepanjang travel pada musim sejuk.

Minum air banyak

Kadar metabolism badan akan meningkatkan untuk menjana lebih tenaga ketika musim sejuk, dengan itu kandungan air dalam badan akan berkurangan. 

Maka sebab inilah pengambilan air kosong secukupnya sangat digalakkan. 

Musim sejuk juga akan membuatkan kulit anda kering dan sekali gus akan membuatkan kulit anda mengelupas.

Kesemua ini boleh dielak sekiranya anda meminum air dalam kuantiti yang banyak.

Gunakan pelembab

Selain air, kulit kita juga memerlukan pelembab. 

Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif. 

Pada musim sejuk, kulit akan menjadi cepat kering, senang mengelupas dan lebih teruk boleh menimbulkan luka.

So, pastikan anda tidak lupa untuk pack segala krim pelembab tau! 

Tak kan nak muka jadi kering teruk selepas pergi bercuti pulak kan?

Rehat secukupnya

Bila badan tak cukup rehat, maka senanglah anda menerima sakit.

Tambah pula apabila perjalanan yang mengambil waktu perjalan yang lama, badan anda memang memerlukan rehat yang secukupnya. 

Macam mana nak cukupkan rehat?

Seminggu sebelum anda pergi bercuti, pastikan anda tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang berat. 

Anda juga digalakkan untuk bersenam untuk mengekalkan kecergasan badan. 

Makan buah-buahan dan sayuran

Macam hari-hari biasa juga, lengkapkan pemakanan anda dengan tambahan buah-buahan dan sayuran. 

Pada musim sejuk, kita akan sering menjadi lapar disebabkan peningkatan kadar metabolisma.

Sentiasa aktif

Faham sejuk. Memang sedap untuk tidur dan baring sepanjang masa, kan? Tapi  musim sejuk ini bukan alasan untuk anda bermalas-malasan tau.

Untuk mengekalkan kehangatan dalam badan, anda dinasihatkan untuk sentiasa bergerak atau membuat senaman ringan. Sekurang-kurangnya badan anda tidaklah terbujur terbaring saja!